Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple x Broadcom_imagewisermy

Apple, Broadcom Lanjutkan Kerjasama Bekalan Cip Sehingga 2031

Diterbitkan Julai 7, 2026 ยท Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh Amalina Athman

Broadcom telah bersetuju untuk melanjutkan kerjasama dengan Apple sehingga 2031 bagi pembangunan dan pembekalan pelbagai cip tersuai yang digunakan dalam produk syarikat itu.

Menurut laporan Reuters, lanjutan kerjasama ini turut meredakan kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan Apple menggantikan komponen Broadcom dengan cip rekaannya sendiri dalam masa terdekat. Walaupun Apple semakin giat membangunkan cip dan modem sendiri, syarikat itu masih bergantung kepada Broadcom bagi menghasilkan beberapa cip silikon tersuai yang lebih kompleks.

Perjanjian ini turut mengukuhkan lagi kedudukan Broadcom sebagai antara pembekal komponen utama Apple. Selama bertahun-tahun, syarikat itu telah membekalkan pelbagai komponen penting termasuk cip frekuensi radio yang digunakan dalam iPhone untuk sambungan rangkaian selular, cip Wi-Fi dan Bluetooth serta pelbagai semikonduktor rangkaian lain.

Menurut penganalisis, lanjutan kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Bagi Apple, ia membantu menjamin bekalan komponen penting ketika industri semikonduktor masih berdepan kekangan bekalan. Bagi Broadcom pula, ia memberi kepastian terhadap salah satu pelanggan terbesarnya, yang dianggarkan menyumbang sekitar 20% daripada hasil tahunan syarikat itu.

Sebagai rujukan, Apple dan Broadcom sebelum ini telah memeterai perjanjian bernilai berbilion dolar pada tahun 2023 bagi membangunkan dan mengeluarkan komponen frekuensi radio 5G untuk Apple di Amerika Syarikat.

Pelanjutan kerjasama ini hadir ketika permintaan terhadap cip berprestasi tinggi terus meningkat susulan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI). Apple masih bergantung kepada TSMC bagi menghasilkan cip siri A untuk iPhone dan cip siri M yang digunakan pada Mac, namun pengeluar cip dari Taiwan itu turut menerima permintaan tinggi daripada syarikat AI seperti Nvidia.

Dalam perkembangan berkaitan, Apple juga dilaporkan sedang berbincang dengan Intel untuk menghasilkan sebahagian cipnya di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pengeluaran secara besar-besaran dijangka hanya bermula selepas penghujung tahun 2027.

Berkaitan

  • Apple Umum Perjanjian Berbilion Dolar Dengan Broadcom
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Dilapor Pertimbang Samsung, Intel Sebagai Alternatif Pengeluar Cip Di AS
  • Apple Dilapor Minta Kelulusan Pentadbiran Trump Untuk Beli Cip Memori Dari Syarikat China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY