Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketika Broadcom Sedang Membeli Qualcomm, Intel Menyatakan Minat Terhadap Broadcom

Apple Umum Perjanjian Berbilion Dolar Dengan Broadcom

Diterbitkan Mei 23, 2023 oleh ariff bukhari

Apple mengumumkan perjanjian bernilai berbilion dolarĀ  dengan syarikat teknologi dan pembuatan canggih terkemuka Amerika Syarikat, Broadcom.

Apple menyatakan melalui kerjasama ini, Broadcom akan membangunkan komponen frekuensi radio 5G – termasuk penapis FBAR – dan komponen sambungan tanpa wayar canggih.

Penapis FBAR akan direka dan dibina di beberapa hab pembuatan dan teknologi utama Amerika, termasuk Fort Collins, Colorado, di mana Broadcom mempunyai kemudahan utama.

Apple sudah membantu menyokong lebih daripada 1,100 pekerjaan di kemudahan pembuatan penapis Fort Collins FBAR Broadcom dan perjanjian baharu ini akan membolehkan Broadcom terus melabur dalam projek automasi kritikal dan peningkatan kemahiran dengan juruteknik dan jurutera.

Puluhan bilion dolar telah pun dibelanjakan Apple untuk membangunkan bidang teknologi 5G di A.S yang akan membentuk masa depan elektronik pengguna generasi akan datang.

Pelaburan ini adalah sebahagian daripada komitmen yang dibuat Apple pada 2021 untuk melabur sebanyak USD$430 bilion dalam ekonomi AS dalam tempoh lima tahun.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Fold5 Dan Flip5 Mungkin Dilancarkan Pada Julai Ini
  • Ura-Ura: iPhone 16 Mungkin Dilengkapi Susunan Kamera Seperti iPhone 12
  • Beli Samsung Galaxy A24 Sekarang Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM178

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY