Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Apple Dilapor Pertimbang Samsung, Intel Sebagai Alternatif Pengeluar Cip Di AS

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan sedang meneroka untuk mendapatkan lebih banyak pilihan bagi pengeluaran cip utama perantinya di Amerika Syarikat, dengan mengadakan perbincangan awal bersama Intel dan Samsung.

Menurut laporan Bloomberg, Apple telah memulakan perbincangan awal dengan Intel bagi menilai kemungkinan menggunakan perkhidmatan pembuatan cip syarikat itu. Pada masa sama, eksekutif Apple turut dilaporkan melawat sebuah kilang Samsung yang sedang dibangunkan di Texas, yang bakal menghasilkan cip generasi baharu.

Namun begitu, setakat ini belum ada sebarang tempahan dibuat dan kedua-dua usaha tersebut masih di peringkat awal. Apple juga dikatakan masih mempunyai kebimbangan untuk menggunakan teknologi selain TSMC dan mungkin tidak akan meneruskan kerjasama dengan rakan baharu.

Selama lebih sedekad, Apple mereka bentuk pemproses utama untuk perantinya yang dikenali sebagai system-on-a-chip(SoC), namun bergantung kepada TSMC untuk pengeluaran menggunakan proses paling canggih di Taiwan. iPhone dan Mac terkini menggunakan teknologi pembuatan 3nm.

Bagaimanapun, Apple tidak terkecuali daripada gangguan rantaian bekalan. Kekurangan semikonduktor ketika ini didorong oleh pembangunan pesat pusat data AI serta permintaan tinggi terhadap Mac yang mampu menjalankan model AI secara terus pada peranti. Situasi ini sekali gus meningkatkan keperluan Apple untuk mempertimbangkan pembekal tambahan.

Berkaitan

  • Intel Dilapor Akan Bekalkan Sebahagian Cip iPhone Seawal 2028
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Perkenal Langganan Bulanan Dengan Komitmen 12 Bulan Di App Store
  • Apple Umum Untung Besar Hasil Jualan iPhone 17

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY