Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_apple

Bloomberg: Apple Berpotensi Tawar Ciri Seperti ‘Apple Intelligence+’ Sebagai Perkhidmatan Berbayar

Diterbitkan Julai 1, 2024 · Dikemas kini Julai 1, 2024 oleh Amalina Athman

Apple berpotensi untuk menawarkan ciri kecerdasan buatan (AI) dan perisian lain sebagai perkhidmatan berbayar, lapor Mark Gurman dari Bloomberg.

Berkaitan

  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Ciri Apple Intelligence Mungkin Tidak Ditawarkan Di EU

Untuk lebih jelas, Apple Intelligence akan ditawarkan secara percuma apabila iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia dilancarkan kepada umum sekitar September nanti. Namun, untuk rancangan jangka panjang, Apple dikatakan akan menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Menurut Gurman,

There’s an opportunity to turn AI features and other software into paid services, but it will take time. Though Apple Intelligence will be free to start, the long-term plan is to make money off the capabilities.

Contohnya, syarikat itu mungkin melancarkan keupayaan seperti “Apple Intelligence+” dengan ciri tambahan, sebagai perkhidmatan berbayar – seperti iCloud+. Selain itu, Apple juga akan mendapat potongan hasil langganan daripada perkhidmatan berbayar ChatGPT atau perkhidmatan AI pihak ketiga yang lain.

Jika ia digabungkan, Apple mungkin boleh mengukuhkan kedudukannya untuk beberapa tahun. Seterusnya, membolehkan syarikat itu kurang bergantung kepada tweak perkakasan bagi memacu perniagaan, dan sebaliknya lebih bergantung kepada AI sebagai sumber pendapatan.

Sumber: Power On Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY