Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_apple

Bloomberg: Apple Intelligence Akan Tiba Lewat Daripada Jangkaan

Diterbitkan Julai 29, 2024 · Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh Amalina Athman

Apple Intelligence akan tiba lewat daripada jangkaan, memberikan Apple lebih masa untuk membetulkan pepijat, lapor Mark Gurman dari Bloomberg.

Menurut individu yang mempunyai pengetahuan tentang rancangan Apple, syarikat itu kini merancang untuk mula melancarkan Apple Intelligence dalam kemas kini perisian menjelang Oktober.

Bermakna, ciri AI itu hanya akan tiba beberapa minggu selepas keluaran awal iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia pada September. Sebab kelewatan itu dikatakan adalah kebimbangan mengenai kestabilan ciri Apple Intelligence dan keperluan untuk pembangun mempunyai masa ujian yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, Apple Intelligence masih akan tersedia kepada pembangun perisian sejurus minggu depan dengan beta pertama iOS 18.1 dan iPadOS 18.1. Langkah ini di luar kebiasaan Apple, kerana syarikat itu biasanya tidak mengeluarkan beta pembangun untuk versi akan datang sebelum keluaran umum versi awal.

Gurman menyatakan bahawa perancangan baharu itu bermakna barisan iPhone 16 mungkin akan dilancarkan tanpa ciri Apple Intelligence dan memerlukan kemas kini perisian untuk mendapatkannya di kemudian hari.

Syarikat itu kini dikatakan menyasarkan untuk menyelesaikan pembangunan iOS 18.0 menjelang akhir Julai.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Bloomberg: Apple Berpotensi Tawar Ciri Seperti 'Apple Intelligence+' Sebagai Perkhidmatan Berbayar

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY