Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APPLE INTELLIGENCE_7

Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence

Diterbitkan Julai 30, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain melancarkan iOS 17.6, Apple hari ini turut melepaskan kemas kini iOS 18.1 Developer Beta 1, iPadOS 18.1 dan macOS Sequoia 15.1. Melaluinya, ciri kecerdasan buatan Apple Intelligence akhirnya sudah boleh diuji.

Walau bagaimanapun, selepas kemas kini iOS 18.1 dibuat, ciri tersebut masih belum boleh terus digunakan kerana pengguna perlu menyertai senarai menunggu atau ‘waitlist’ terlebih dahulu. Tempoh menunggu bergantung kepada nasib, ada yang beberapa saat sahaja dan ada yang mengambil masa beberapa minit sebelum boleh mencuba Apple Intelligence.

apple intelligence
Foto: MKBHD

Tambahan lagi, tidak semua ciri Apple Intelligence yang tersedia dalam kemas kini iOS 18.1 ini. Antara yang sudah diberikan adalah seperti writing tools, Siri, Mail tools, Focus modes, Photos tools, Transcription, Phone dan Safari.

Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence

Ciri AI lain seperti Genmoji, integrasi ChatGPT dalam Siri masih belum ditawarkan.

Buat masa sekarang, hanya iPhone 15 Pro & iPhone 15 Pro Max serta iPad dan Mac yang menggunakan cip Apple silicon sahaja yang dapat mencuba kecerdasan buatan tersebut. Difahamkan lagi, peranti perlu ditetapkan dalam bahasa dan negara Amerika Syarikat.

Versi public beta untuk iOS 18.1 pun masih belum diketahui lagi bila akan ditawarkan.

Sumber: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY