Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple One 2023

Apple Naikkan Harga Langganan Apple One, Apple Arcade

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan kenaikan harga langganan perkhidmatan Apple One untuk sejumlah pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Berkaitan

  • Apple Naikkan Harga Langganan iCloud+
  • Pelan Langganan iCloud+ Kini Tersedia Untuk 6TB Dan 12TB
  • Apple Umum Acara Khas Hujung Bulan Ini

Untuk rekod, langganan bulanan Apple One sebelum ini ditawarkan pada harga RM29.90 (individu), RM39.90 (keluarga) dan RM78.90 untuk pelan Premier.

Sementara itu, berikut merupakan kemas kini harga Apple One untuk pelanggan baharu dan sedia ada:

  • Individu – RM34.90
  • Keluarga – RM44.90
  • Premier – RM84.90

Secara keseluruhan, pelan langganan Apple One untuk individu dan keluarga menerima kenaikan sebanyak RM5, manakala Premier naik RM6.

Apple One plan_October 2023

Selain Apple One, perkhidmatan Apple Arcade turut menerima kenaikan sebanyak RM10, menjadikannya kini RM29.90/bulan.

Apple Arcade_2

Sementara itu, langganan Apple TV+ di Malaysia masih ditawarkan pada harga RM29.90/bulan, sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk4rme
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk4rmg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY