Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_c

Apple Guna TPU Google Untuk Bangunkan Apple Intelligence

Diterbitkan Julai 31, 2024 · Dikemas kini Julai 31, 2024 oleh Amalina Athman

Apple berkata model kecerdasan buatan (AI) yang menyokong Apple Intelligence, telah dilatih pada Unit Pemprosesan Tensor (TPU) yang dibangunkan oleh Google, dan bukannya unit pemprosesan grafik (GPU) Nvidia.

Keputusan itu diperincikan dalam kertas teknikal yang baru diterbitkan oleh Apple. Ia mendedahkan bahawa Apple menggunakan 2,048 cip TPUv5p untuk membina model AI dan 8,192 pemproses TPUv4 untuk pelayan model AI.

Apple tidak menamakan Google atau Nvidia dalam kertas setebal 47 halaman itu, tetapi menyatakan Apple Foundation Model (AFM) dan pelayan AFMnya dilatih pada “kelompok TPU Awan”. Ini bermakna Apple menyewa pelayan daripada pembekal awan untuk melakukan pengiraan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, GPU Nvidia telah mendapat permintaan yang tinggi serta mendominasi pasaran untuk cip latihan AI yang canggih. Sehinggakan, ia sukar diperoleh dalam kuantiti yang diperlukan.

Tidak seperti Nvidia, yang menjual cip dan sistemnya sebagai produk kendiri, Google menyediakan akses kepada TPUnya melalui perkhidmatan awan. Pelanggan yang menggunakan TPU Google perlu membangunkan perisian mereka dalam ekosistem Google, yang menawarkan integrasi peralatan dan perkhidmatan untuk menyelaraskan pembangunan dan penggunaan model AI.

TPU Google, pembangunan Apple Intelligence

Berbalik kepada konteks, dalam kertas itu jurutera Apple menjelaskan bahawa TPU membenarkan mereka melatih model AI yang besar dan canggih dengan cekap. Ia turut menerangkan cara TPU  disusun ke dalam kelompok besar, membolehkan kuasa pemprosesan yang diperlukan untuk melatih model AI Apple.

Selain memperincikan penggunaan TPU Google, kertas itu turut membincangkan pertimbangan etika dalam pembangunan AI. Apple menekankan pematuhannya kepada amalan data yang bertanggungjawab, mendakwa bahawa tiada data peribadi pengguna digunakan dalam melatih model AInya.

Sebaliknya, syarikat itu bergantung pada gabungan set data yang tersedia secara terbuka, berlesen dan sumber terbuka untuk tujuan latihan. Apple menambah bahawa set data latihannya, yang termasuk data web yang tersedia untuk umum dan kandungan berlesen, telah dipilih susun untuk melindungi privasi pengguna.

Secara keseluruhannya, pilihan Apple menggunakan TPU Google wajar untuk diberi perhatian. Tambahan pula, Apple jarang sekali mendedahkan pilihan perkakasannya untuk tujuan pembangunan.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Bloomberg: Apple Intelligence Akan Tiba Lewat Daripada Jangkaan
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY