Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Pro and Tell_

Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan – MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka

Diterbitkan Oktober 20, 2026 · Dikemas kini Oktober 20, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan satu lagi sesi khas pada bulan ini yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober 2026, dengan slogan “Pro and Tell”.

Ini merupakan acara kedua Apple bagi bulan Oktober, selepas pelancaran produk bertemakan “Welcome Home” pada 13 Oktober lalu di New York City. Acara tersebut menyaksikan pengenalan skrin pintar HomeView, Apple Home Collection, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu.

Can’t wait to pro and tell next week. pic.twitter.com/3wUkxwq35i

— Greg Joswiak (@gregjoz) October 19, 2026

Bagi acara kali ini, Apple dijangka memperkenalkan beberapa produk baharu, termasuk MacBook Pro dengan skrin sentuh dan paparan OLED dalam pilihan saiz 14-inci dan 16-inci.

Menurut laporan Bloomberg oleh Mark Gurman, kedua-dua model itu juga dijangka akan dilengkapi Dynamic Island seperti iPhone serta menggunakan cip M5 Pro dan M5 Max, sama seperti model MacBook Pro yang diperkenalkan pada Mac lalu.

Selain itu, Apple dikhabarkan akan memperkenalkan iPad mini baharu dengan paparan OLED, serta iMac baharu dan MacBook Pro 14-inci yang menggunakan cip M6.

Setakat ini, Apple masih belum mendedahkan produk yang bakal diperkenalkan. Maklumat lanjut dijangka diketahui menerusi pengumuman rasmi Apple pada minggu depan, sama ada semasa acara berlangsung atau menerusi siaran media di laman rasminya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Perkenal Mac Studio Dengan M5 Max, M5 Ultra - GPU Sehingga 80-Teras, Harga Bermula RM10,999
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
©2026 WISER.MY