Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp – Fahmi

Diterbitkan November 16, 2026 ยท Dikemas kini November 16, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran mewajibkan platform pemesejan WhatsApp mengesahkan identiti dan nombor telefon yang dipautkan pada setiap akaun bagi mengekang aktiviti penipuan dalam talian.

Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkat langkah itu dikaji susulan peningkatan kes penyalahgunaan aplikasi tersebut oleh sindiket penipuan, selain selari dengan perbincangan negara-negara anggota di bawah Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

“Pihak Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk mengenakan satu syarat kepada pihak WhatsApp, iaitu mereka perlu mengesahkan nombor telefon yang berpaut kepada akaun WhatsApp itu… pada waktu ini, WhatsApp tidak mengenakan syarat pengesahan akaun,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengulas mengenai penahanan 61 suspek oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini kerana menyamar sebagai kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kes penipuan. Menurutnya, kesemua individu akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya disahkan melanggar undang-undang.

Fahmi berkata walaupun MCMC sebelum ini berjaya melaksanakan perubahan teknikal untuk menyekat panggilan penyamaran, sindiket penipuan kini beralih kepada taktik baharu termasuk menggunakan aplikasi WhatsApp dan menawarkan pinjaman bagi aktiviti perjudian dalam talian.

Beliau menegaskan MCMC dan Kementerian Komunikasi juga tidak pernah membuat panggilan kepada orang awam berhubung tunggakan bil telefon atau tujuan penguatkuasaan. Sebaliknya, urusan pembayaran bil adalah di bawah tanggungjawab syarikat telekomunikasi masing-masing.

Sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan, orang ramai dinasihatkan supaya segera menamatkan panggilan dan membuat laporan kepada pihak polis atau MCMC. Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 untuk mendapatkan bantuan berkaitan kes penipuan kewangan dalam talian.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
©2026 WISER.MY