Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: FILE PHOTO: A Facebook logo is displayed on a smartphone in this illustration

Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026

Diterbitkan November 16, 2026 ยท Dikemas kini November 16, 2026 oleh Amalina Athman

Facebook akan menamatkan ciri profil tambahan yang membolehkan pengguna mempunyai beberapa profil peribadi di bawah satu akaun.

Menerusi kemas kini terbaharu, Meta memaklumkan profil tambahan sedia ada akan dipadamkan secara kekal selepas 14 Disember 2026.

Untuk konteks, ciri profil tambahan ini mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna Facebook sejak 2022. Melaluinya, pengguna boleh mencipta sehingga empat profil tambahan dalam satu akaun yang sama, dengan setiap profil mempunyai senarai rakan dan suapan kandungan (Feed) tersendiri.

Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan satu profil untuk berhubung dengan keluarga dan rakan, manakala profil tambahan digunakan untuk menyertai komuniti hobi atau mengikuti kandungan berdasarkan minat tertentu. Pengguna juga boleh bertukar antara profil tanpa perlu log masuk semula.

Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
Contoh profil tambahan Facebook (Foto: Meta)

Bagaimanapun, Meta kini mahu memudahkan pengalaman penggunaan Facebook dengan kembali kepada satu profil. Menurut syarikat itu, kewujudan profil tambahan menambah kerumitan kepada pengguna dan menyukarkan usaha untuk menyediakan pengalaman yang lebih konsisten.

Namun begitu, perubahan ini tidak melibatkan profil utama Facebook atau Facebook Pages.

Apa Beza Profil Tambahan Dengan Akaun Facebook Kedua?

Perlu difahami bahawa profil tambahan ini berbeza daripada akaun Facebook kedua. Profil tambahan berkongsi butiran log masuk yang sama dengan profil utama, termasuk alamat e-mel dan kata laluan. Pengguna hanya perlu bertukar profil dalam akaun yang sama.

Sebaliknya, akaun Facebook kedua merupakan akaun yang didaftarkan secara berasingan dan mempunyai butiran log masuk tersendiri. Ini bermakna pengumuman Meta tersebut hanya melibatkan profil tambahan di bawah satu akaun, bukannya akaun Facebook lain yang berasingan.

Meta memaklumkan pengguna yang terjejas akan menerima pemberitahuan melalui e-mel, notifikasi dalam aplikasi atau paparan di Feed, mengikut kesesuaian.

Pengguna juga boleh merujuk panduan yang disediakan untuk mengeksport dan menyimpan maklumat daripada profil tambahan masing-masing sebelum ia dipadamkan selepas 14 Disember 2026.

Berkaitan

  • Facebook Kini Benarkan Cipta Empat Profil Bagi Setiap Akaun, Ini Caranya
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Meta Setuju Bayar Sehingga AS$18 Bilion, Bakal Hadkan Facebook Dan Instagram Remaja 2 Jam Sehari
  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi
  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
©2026 WISER.MY