Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Diterbitkan Oktober 13, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple secara rasmi memperkenalkan Apple TV 4K generasi keempat, yang kini menggunakan cip A19, menyokong Siri AI serta dilengkapi mikrofon terbina di dalam untuk kawalan suara tanpa memerlukan alat kawalan jauh.

Menurut Apple, model baharu ini menawarkan peningkatan prestasi, pengalaman hiburan lebih interaktif serta sokongan sistem audio sehingga empat pembesar suara HomePod.

Dari segi prestasi, cip A19 menawarkan CPU sehingga 50% lebih pantas dan GPU sehingga dua kali ganda lebih pantas berbanding Apple TV 4K generasi sebelumnya yang menggunakan A15 Bionic.

Cip tersebut turut dilengkapi penyahkod AV1 khusus untuk membolehkan penstriman video berkualiti tinggi menggunakan lebar jalur dengan lebih cekap.

Siri Kini Boleh Digunakan Tanpa Alat Kawalan

Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Antara pembaharuan utama ialah sokongan Siri AI, yang membolehkan pengguna mencari kandungan hiburan menggunakan bahasa perbualan yang lebih semula jadi.

Sebagai contoh, pengguna boleh bertanya mengenai filem, rancangan televisyen atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kandungan yang sedang ditonton.

Apple turut melengkapkan Apple TV 4K dengan tiga mikrofon jarak jauh, membolehkan pengguna mengaktifkan Siri menggunakan suara tanpa perlu memegang Siri Remote.

Dengan iPhone yang menyokong Apple Intelligence, Siri AI juga boleh menggunakan konteks peribadi untuk membantu mencari kandungan berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan pengguna.

Berkaitan

  • CelcomDigi Tawar Protect+ Dengan AppleCare Services, Bermula RM50 Sebulan
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI

Sokong Empat HomePod Dan Siri Remote Baharu

Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Apple TV 4K generasi keempat turut menyokong sistem audio surround menggunakan empat HomePod mini 2 atau HomePod generasi kedua.

Sistem tersebut boleh mengenal pasti kedudukan pembesar suara dan melaraskan tahap serta masa audio secara automatik mengikut ruang.

Bagaimanapun, pembesar suara yang digunakan perlu dipadankan mengikut pasangan hadapan dan belakang yang serasi.

Selain itu, Siri Remote baharu kini menyokong Precision Finding melalui Find My, serta boleh mengeluarkan bunyi untuk memudahkan pengguna mencarinya apabila hilang.

Apple TV 4K juga terus berfungsi sebagai hab rumah pintar, termasuk mengawal aksesori HomeKit dan memaparkan pemberitahuan daripada kamera keselamatan yang serasi.

Harga Dan Ketersediaan

Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Apple TV 4K generasi keempat ditawarkan pada harga AS$299 (~RM1,221), dengan prapesanan bermula 13 Oktober dan jualan rasmi pada 13 November 2026 di Amerika Syarikat serta pasaran terpilih.

Buat masa ini, harga dan tarikh ketersediaan rasmi di Malaysia belum diumumkan.

Siri AI pula dilancarkan dalam versi beta di lapan pasaran, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan United Kingdom. Malaysia belum termasuk dalam senarai awal tersebut.

Tambahan lagi, Siri AI bukan eksklusif kepada model baharu kerana Apple turut menyediakan sokongannya kepada Apple TV 4K generasi kedua dan seterusnya, tertakluk kepada keperluan peranti, bahasa serta ketersediaan mengikut negara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY