Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple HomeView Kini Rasmi – Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini turut memperkenalkan Apple Home Collection, rangkaian aksesori rumah pintar baharu yang dibangunkan bersama LG Electronics dan Schneider Electric. Rangkaian ini merangkumi empat kamera keselamatan, kunci pintu pintar, dua termostat serta sensor suhu dan kelembapan yang boleh diurus melalui aplikasi Apple Home.

Aksesori tersebut direka untuk berfungsi dalam ekosistem rumah pintar Apple tanpa memerlukan aplikasi atau akaun berasingan. Pengguna hanya perlu menyediakan peranti menggunakan satu ketikan pada iPhone sebelum mengawal fungsinya melalui aplikasi Home atau Siri.

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection

Pemantauan Rumah

Rangkaian empat kamera daripada LG membolehkan pengguna memantau rumah dengan lebih selamat dan pintar apabila menggunakan hab rumah seperti Apple HomeView, HomePod, HomePod mini atau Apple TV 4K.

Setiap kamera boleh merakam video pada resolusi sehingga 2.5K dan mengenal pasti manusia, wajah yang dikenali, haiwan peliharaan, kenderaan serta bungkusan. Sejarah rakaman video disimpan dengan selamat dalam pelan iCloud+ pengguna yang disokong, jadi pengguna tidak memerlukan langganan kamera berasingan.

Rangkaian ini merangkumi peranti berikut:

  • LG Video Doorbell – dilengkapi dua kamera untuk merakam pandangan berasingan bagi pelawat dan bungkusan. Kamera hadapan menyokong resolusi 2.5K, manakala kamera bawah merakam pada resolusi Full HD. Ia turut dilengkapi spotlight serta bunyi loceng yang boleh dimainkan melalui HomeView, HomePod dan HomePod mini.
  • LG Floodlight Cam – menawarkan pemantauan kawasan sekeliling rumah dengan dua lampu limpah (floodlight) adaptif yang diaktifkan secara automatik apabila pergerakan dikesan. Ia turut menawarkan penglihatan malam berwarna dalam keadaan cahaya rendah untuk membantu pengguna memantau kawasan luar rumah dengan lebih jelas.
  • LG Outdoor Cam – menawarkan penglihatan malam berwarna dalam keadaan cahaya rendah. Kamera ini boleh dilaraskan sudutnya dengan mudah untuk memberikan liputan luar yang fleksibel dan mudah dipasang sendiri.
  • LG Indoor Cam – menawarkan ciri privasi dengan kebolehan mengubah sudut pandangan secara automatik melalui mekanisme condong ke atas dan ke bawah. Kamera ini juga boleh dilaraskan secara manual atau melalui aplikasi Home.
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
LG Video Doorbell
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
LG Floodlight Cam
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
LG Outdoor Cam
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
LG Indoor Cam

Rakaman kamera boleh diakses sehingga 10 hari melalui iCloud+. Untuk pelan iCloud+ yang layak, Apple Intelligence juga boleh menghasilkan ringkasan video secara automatik dan membolehkan rakaman dicari menggunakan penerangan dalam bahasa semula jadi.

Kamera ini mempunyai storan terbina untuk terus merakam apabila sambungan Wi-Fi terputus. Pengguna juga boleh melihat rakaman langsung dan aktiviti kamera melalui aplikasi Home di iPhone, iPad, Mac, Apple TV 4K atau HomeView.

Akses Rumah

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection

Smart Deadbolt Lock daripada LG menggunakan teknologi Ultra Wideband (UWB) untuk mengesan apabila pengguna menghampiri pintu. Jika pengguna mempunyai kunci rumah pada iPhone atau Apple Watch yang serasi, pintu boleh dibuka secara automatik tanpa perlu tap peranti.

Untuk fleksibiliti, pengguna juga boleh tap iPhone atau Apple Watch pada kunci tersebut, memasukkan kod PIN melalui pad nombor terbina atau menggunakan slot kunci sandaran fizikal yang tersembunyi.

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection

Kunci ini boleh mengesan keadaan pintu, termasuk sama ada ia dibuka, ditutup atau diusik. Pengguna juga boleh berkongsi akses melalui aplikasi Home untuk membolehkan tetamu atau ahli keluarga memasuki rumah.

Termostat Pintar LG Dan Schneider Electric

Apple turut memperkenalkan dua Smart Thermostat, masing-masing daripada LG Electronics dan Schneider Electric. Melalui fungsi Adaptive Temperature dalam aplikasi Home, suhu boleh dilaraskan secara automatik berdasarkan keadaan penghuni, sama ada ketika berada di rumah, bersiap untuk tidur atau keluar.

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
Smart Thermostat LG
Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection
Smart Thermostat Schneider Electric

Kedua-dua termostat boleh menggunakan sensor suhu dan kelembapan berasingan untuk memantau keadaan di beberapa bilik. Sensor yang terbina dalam HomeView, HomePod dan HomePod mini juga boleh digunakan.

Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu – Apple Home Collection

Kawalan Bersepadu Dan Privasi

Apple Home Collection direka supaya setiap aksesori boleh berfungsi bersama sebagai satu sistem rumah pintar. Pengguna boleh menetapkan rutin yang melaraskan termostat, mengubah sudut kamera dan memainkan muzik melalui HomePod secara serentak.

Sistem ini juga boleh melaksanakan tindakan berdasarkan rutin harian. Sebagai contoh, apabila penghuni terakhir meninggalkan rumah, termostat boleh melaraskan suhu untuk rumah kosong, pintu dikunci dan kamera mula memantau semula. Sebelum penghuni pulang, termostat boleh mula menyesuaikan suhu rumah dan kunci pintu boleh dibuka secara automatik apabila mereka menghampirinya.

Dari segi privasi, Apple menyatakan rakaman kamera dan data peribadi dalam aplikasi Home dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung, sekali gus menghalang Apple, LG Electronics dan Schneider Electric daripada membaca data tersebut. Setiap peranti turut menyokong Thread bagi membantu mengekalkan sambungan walaupun Wi-Fi terputus.

Walau bagaimanapun, beberapa fungsi rakaman dan ciri Apple Intelligence memerlukan langganan iCloud+ yang layak serta peranti yang serasi.

Ketersediaan

Apple Home Collection akan tersedia mulai Disember 2026, dengan aksesori terpilih tersedia bermula awal tahun 2027 di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sahaja.

Buat masa ini, Apple belum menyenaraikan Malaysia sebagai pasaran pelancaran rangkaian aksesori tersebut.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY