Anugerah Wiser.MY 2023 - Ini Peranti Pilihan Kami

Seperti biasa, setiap tahun pasti ramai dalam kalangan pengikut Wiser MY menantikan apakah peranti terbaik pilihan Wiser MY.

Jika anda terlepas, peranti mana yang menang untuk tahun 2022, anda boleh rujuk di SINI. Jadi, untuk tahun 2023, kami mempertaruhkan 10 kategori peranti terbaik, iaitu telefon fold, telefon flip, telefon kelas pertengahan, telefon kelas pertengahan premium, telefon andalan bajet, kamera terbaikgaming terbaik, tablet marhaen, tablet mantol dan akhir sekali telefon terbaik keseluruhan atau 'Phone of the Year' bagi tahun ini.

Jangan risau, tahun ini juga kami menyediakan 'Anugerah Wiser.MY 2023' dalam format video. Boleh terus tonton di sini atau ke saluran YouTube Wiser.MY.

https://youtu.be/SLcTxm8PpDw?si=aQoChTdMO5UQtZlv

Tanpa membuang masa, mari kita lihat senarai pemenang.

Telefon Fold Terbaik


oppo find n3

Pertama kali tahun ini, kami dedikasikan kategori telefon lipat ke dalam senarai peranti terbaik. Malah, dipecahkan kepada dua, iaitu jenis Fold dan Flip. Ini kerana bagi kami walaupun kedua-duanya dalam kategori telefon lipat tetapi sebenarnya ia mempunyai peminat tersendiri dan fungsi produktiviti pun lain.

Jadi, pemenang bagi kategori telefon fold terbaik tahun 2023 jatuh kepada OPPO Find N3. Kita sudah sedia maklum peranti sebegini biasanya didominasi jenama Samsung.

Namun, kali ini OPPO Find N3 jauh lebih layak biarpun baru 3 generasi untuk segmen 'fold'. Buat pengetahuan anda, OPPO Find N3 dan OnePlus Open merupakan peranti yang sama. Ia dijual mengikut pasaran negara masing-masing.

Untuk OPPO Find N3, kami memuji akan kemampuan fotografinya yang mana hadir dengan Hasselblad. Kualitinya pun memang cukup cemerlang dalam telefon jenis lipat.

Rekaannya juga tampak premium, kesan lipatan atau crease juga adalah antara yang terbaik dalam mana-mana barisan telefon lipat lain.

Tambahan lagi dan paling utama, ciri multitugas, iaitu boundless view memang mengagumkan. Ini kerana, fungsi sebegitu memang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan jenama dan kami yakin, Samsung serta jenama lain bakal mengikuti ciri tersebut.

Oleh itu, bagi anda yang mahukan sebuah telefon lipat terbaik tahun 2023, OPPO Find N3 jawapan kepada anda. Harga sedikit keras tetapi apa yang anda dapat memang terbaik.

Beli OPPO Find N3 - https://invl.io/clkibe5

Telefon Flip Terbaik




Telefon jenis flip mungkin tidak berapa banyak untuk pasaran Malaysia. Jenama yang sering menjadi perhatian pun, Samsung.

Ya, tahun ini kami memilih Samsung Galaxy Z Flip5 sebagai pemenang telefon flip terbaik. Mengapa?

Ini kerana bagi kami skrin luaran Samsung Galaxy Z Flip5 kali ini lebih banyak fungsi dan menarik. Malah, memang skrin tersebut menjadi kunci utama dalam telefon itu tahun ini.

Selain rekaan dan warnanya, aksesori bagi telefon tersebut juga banyak. Walau apa pun, sebab utama Samsung menang dalam kategori ini adalah disebabkan perisiannya.

Bagi kami, perisian pada Samsung Galaxy Z Flip5 lebih banyak optimum terutama pada skrin depannya. Malah, boleh memainkan permainan (game) lagi.

Ciri seperti Samsung Pay dan lain-lain, membuatkan Samsung mempunyai sedikit kelebihan. Bagaimanapun, pesaing rapatnya, OPPO Find N3 Flip pun agak baik tetapi Samsung yang layak untuk tahun ini.

Beli Samsung Galaxy Flip5 - https://invl.io/clkibiz

Telefon Pertengahan Terbaik




Telefon kelas pertengahan sememangnya menjadi tarikan utama bagi pengikut Wiser.MY. Ia disebabkan telefon jenis ini lebih mampu milik.

Untuk kategori ini, Infinix GT 10 Pro merupakan telefon pertengahan terbaik tahun 2023. Tak dinafikan, nama Infinix tahun ini memang sentiasa disebut-sebut.

Ini kerana mereka menawarkan spesifikasi menarik pada harga yang sangat mampu milik. Sama seperti Infinix GT 10 Pro.

Ia hadir dengan spesifikasi cukup baik, seperti cip Dimensity 8050, skrin AMOLED, bateri 5000mAh dan pengecasan 45W berwayar.

Walaupun masih ada kekurangan, iaitu sokongan kemas kini serta pembesar suara yang biasa-biasa tetapi ini adalah peranti untuk anda sekiranya anda betul-betul memandang spesifikasi pada harga mampu milik.

Beli Infinix GT 10 Pro - https://invl.io/clkib87

Telefon Pertengahan Premium Terbaik




Telefon kelas ini sebenarnya memang sentiasa ada dan banyak juga jenama yang melancarkan telefon sebegini pada tahun 2023.

Untuk ini, kami memilih realme 11 Pro+ 5G sebagai pemenang telefon pertengahan premium terbaik 2023.

Walaupun telefon ini hanya menggunakan cip Dimensity 7050 tetapi realme 11 Pro+ 5G cukup kriteria untuk memenangi kategori ini.

Ia mempunyai rekaan yang tampak lebih premium, skrin yang cantik, kamera yang cukup baik, pengecasan yang laju serta perisian yang kemas.

Selain itu, telefon ini sememangnya dipasarkan bagi anda di luar sana yang meminati fotografi. Sekiranya anda mahukan peranti dengan kamera cantik pada harga bawah RM2000, rekaan yang cantik, ini telefon untuk anda.

Beli realme 11 Pro+ 5G - https://invl.io/clkib9o

Telefon Andalan Bajet




Telefon andalan bajet atau bahasa lainnya flagship killer antara peranti yang ada peminat tersendiri. Kategori ini khas bagi yang mahukan peranti berspesifikasi andalan tetapi harga marhaen.

Jadi, pemenang untuk telefon andalan bajet jatuh kepada Xiaomi 13T Pro. Kita sudah tahu yang siri T dari Xiaomi memang sering menawarkan spesifikasi baik pada harga tak masuk akal.

Xiaomi 13T Pro memang secukup rasa, baik dari segi cip, bateri, skrin, sokongan perisian lebih lama dan juga kamera. Malah, kameranya kali ini sudah ada Leica yang mana sebelum ini terhad kepada Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro sahaja.

Bagi kami, dengan harga yang ditawarkan, sudah cukup untuk anda di luar sana.

Beli Xiaomi 13T Pro - https://invl.io/clkibdq

Telefon Gaming Terbaik




Sedikit kelainan, kategori telefon gaming terbaik tahun ini kami menobatkan dua pemenang, iaitu ASUS ROG Phone 7 dan Nubia RedMagic 8S Pro.



Mungkin ada tertanya, kenapa sampai dua?

Bagi kami, dua-dua peranti ini melengkapi satu sama lain untuk memenangi kategori ini. Baik dari segi prestasi gaming, rekaan, kamera serta sokongan perisian.

Oleh itu, sekiranya anda mahukan telefon gaming terbaik tahun 2023, anda boleh pilih antara dua peranti tersebut.

Beli ASUS ROG Phone 7 - https://invl.io/clkibah

Beli Nubia RedMagic 8S Pro - https://invl.io/clkibcu

Telefon Kamera Terbaik




Kebanyakan peranti tahun ini sudah cukup cantik mengambil gambar. Baik dari kelas pertengahan sehinggalah premium andalan.

Namun, kami menilai kamera terbaik untuk keseluruhan. Maknanya, kemampuan gambar dan videonya. Jadi, tahun ini telefon kamera terbaik jatuh kepada iPhone 15 Pro Max.

Benar, iPhone 15 Pro Max tidak banyak beza berbanding model sebelum ini. Namun, kemampuan hasil gambarnya kali ini memang dipertingkatkan berbanding tahun lalu.

Ia termasuk tidak terlalu oversharpen, HDR yang lebih baik dan potret lebih kemas walaupun gambar ultra lebar masih lagi kurang.

Kelebihan lain adalah kali ini Apple akhirnya mempertingkatkan kemampuan zumnya menerusi lensa telefoto tetraprisme mereka atau zum 5x.

Ini generasi pertama tetapi ia dah boleh bersaing dengan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Selain itu, peranti ini juga menyokong video dengan format ProRes Log. Bagi kami yang sudah cuba, ciri ini sememangnya mengujakan dan cukup baik untuk sebuah telefon pintar.

Bahkan, format Log tersebut juga boleh dirakam dan disimpan terus ke SSD external.

Oleh itu, jika anda mahukan telefon dengan kamera terbaik untuk gambar dan video serta gemar mencipta kandungan, inilah peranti untuk anda.

Beli iPhone 15 Pro Max - https://invl.io/clkibic

Tablet Marhaen Terbaik




Anugerah tahun ini, kami masukkan juga tablet kerana peranti ini masih mendapat permintaan ramai terutama tablet yang mampu milik.

Untuk kategori tablet marhaen terbaik tak lain tak bukan Xiaomi Pad 6. Dalam ulasan kami sebelum INI, tablet daripada Xiaomi ini benar-benar cemerlang dalam kelasnya.

Xiaomi Pad 6 hadir dengan rekaan lebih premium, prestasi berkuasa, skrin cantik, pembesar suara sedap tetapi harga sangat bajet.

Bagi anda yang mahukan seperti yang kami nyatakan, ini adalah tablet marhaen terbaik yang anda boleh beli pada tahun 2023.

Beli Xiaomi Pad 6 - https://invl.io/clkib8d

Tablet Mantul Terbaik




Kami pasti, kat luar sana ada golongan yang mahukan tablet betul-betul berkuasa untuk kegunaan kerja. Bajet, bukan penghalang.

Jadi, Samsung Galaxy Tab S9 Ultra memenangi kategori tablet mantul terbaik.

Rata-rata pengikut kami adalah menggunakan Android, jadi semestinya untuk tablet mesti ramai lebih selesa menggunakan Android.

Tablet daripada Samsung ini memang benar-benar pesaing rapat bagi Apple iPad Pro. Skrinnya memang betul-betul cantik, cip pun cukup berkuasa, dan kali ini sudah banyak perisian yang sebelum ini di iPad tetapi kini ada untuk Samsung Galaxy Tab.

Kelebihan lain juga, Galaxy Tab S9 juga ada Samsung DeX yang mana ciri sebegini sukar ditandingi oleh pesaing.

Oleh itu, jika anda mahukan tablet benar-benar berkuasa, premium, Galaxy Tab S9 Ultra adalah untuk anda.

Beli Samsung Galaxy Tab S9 Ultra - https://invl.io/clkib96

Telefon Terbaik Keseluruhan (Phone of The Year)


galaxy s23 ultra ulasan

Terima kasih kepada anda yang berjaya sampai ke kategori ini. Pasti ramai yang ingin mengetahui peranti apa yang memenangi telefon terbaik keseluruhan atau phone of the year bagi tahun 2023 pilihan Wiser MY.

Setelah membuat penilaian, kami memilih Samsung Galaxy S23 Ultra dan iPhone 15 Pro Max. Mesti ramai yang akan pelik kenapa ada dua lagi?



Bagi kami, kedua-dua peranti ini sememangnya layak untuk menerajui dalam telefon pintar terbaik pada tahun 2023.

Masing-masing hadir dengan rekaan yang cukup premium dan lain daripada pesaing seperti Gorilla Glass Victus 2 dan Titanium. Mereka juga mempunyai sistem kamera cukup cemerlang, baik gambar siang, gambar malam serta gambar zum telefoto.

Malah, kualiti video pada Galaxy S23 Ultra yang kami ulas sebelum ini pun menganggap ia menghampiri kualiti video yang ada pada iPhone.

Selain itu, kedua-dua peranti juga mempunyai sistem operasi yang kemas dan baik serta sokongan lebih lama, mempunyai ekosistem antara peranti lain dengan cemerlang seperti TWS, jam tangan pintar dan tablet.

Kiranya, kalau anda memang tak ada masalah bajet dan mahukan yang terbaik dalam sesebuah telefon pintar, Samsung Galaxy S23 Ultra atau iPhone 15 Pro Max boleh anda pertimbangkan beli.

Kedua-duanya baik dan anda cuma perlu pilih serta tanya diri sendiri "aku mahukan Android atau iOS?". Tak perlu untuk taasub terhadap sesuatu jenama, gunalah mengikut citarasa dan keselesaan anda.

Beli Samsung Galaxy S23 Ultra - https://invl.io/clkibf9

Beli iPhone 15 Pro Max - https://invl.io/clkibic

Telefon Terbaik Pilihan Pengikut Wiser.MY




Kami ada juga membuat tinjauan pendapat di Facebook rasmi Wiser.MY untuk mengetahui peranti manakah pilihan mereka.

Dengan 7,072 undian secara keseluruhan, rata-rata memilih peranti Samsung Galaxy S23 Ultra dengan undian sebanyak 59%. Sementara iPhone 15 Pro Max menduduki tangga kedua dengan undian 24%.

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada anda yang mengundi.

Terima Kasih 2023


Akhirul kalam, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda, pengikut setia Wiser.MY yang sentiasa menyokong kami. Diharapkan anda tidak berasa sedih sekiranya telefon yang anda mahu menang tiada dalam senarai tahun ini.

Sebaliknya, anda dapat membuat pilihan dan pertimbangan peranti yang anda mahu mengikut kategori.

Tambahan lagi, kesemua peranti yang berada dalam "Anugerah Wiser.MY 2023" adalah telefon yang masuk secara rasmi ke Malaysia dan telah diuji oleh kami.

Sekian sahaja, selamat tahun baru kami ucapkan. Semoga kita berjumpa lagi untuk tahun 2024 pula.

Terima kasih.