Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

(Ulasan) Infinix GT 10 Pro – Nampak Macam Sempurna Tapi Tidak

Posted on November 18, 2023

Infinix merupakan jenama yang semakin mendapat tempat dalam pasaran tempatan. Ia mengingatkan kita kembali sewaktu awal kemunculan realme. Kini, mereka kembali menerusi Infinix GT 10 Pro.

Buat pengetahuan anda, model ini telah dilancarkan pada September lepas. Pada awal pelancaran, harganya RM1000 ke atas. Kini harganya telah turun sehingga RM999.

Namun, setiap teknologi yang dicipta pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi mari saya ulaskan lebih lanjut tentang peranti pintar ini.

Spesifikasi

Cip – MediaTek Dimensity 8050

GPU – ARM Mali-G77 MC9

Skrin – 6.67″, LTPS Flexible AMOLED, FHD+ 1080 x 2400, 120Hz

Memori – 8GB LPDDR4X

Storan – 256GB UFS3.1

Kamera Utama – 108MP PDAF + 2MP +2MP

Kamera Swafoto – 32MP

Bateri – 5000mAh, pengecasan 45W berwayar

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi peranti ini, boleh klik SINI.

Kelebihan

Pertama sekali, model ini menyokong 5G tidak seperti model sebelumnya iaitu Infinix Note 30 Pro serta menggunakan teknologi 6nm. Selain itu, model ini juga lebih berkuasa daripada realme 11 dan 11 Pro yang menggunakan cip Dimensity 7050. 

Jenis storan yang digunakan juga merupakan yang kedua terpantas iaitu UFS3.1. Untuk prestasi Geekbench 6 pula berada pada tahap yang memuaskan sama ada untuk teras tunggal atau berbilang teras.

Berdasarkan prestasi yang ditunjukkan, kita boleh mengetahui bahawa kuasa pemprosesan yang terdapat pada peranti ini agak kompetitif. Prestasi gaming ketika bermain Genshin Impact juga agak memuaskan pada tetapan 60fps tanpa sebarang isu.

Dari segi suhu pula, walaupun bermain permainan yang menggunakan grafik yang tinggi, namun tahap kepanasannya masih lagi terkawal. Rasa suam-suam kuku sahaja. Tidak perlu menggunakan air cooler external untuk menyejukkan peranti ini ketika bermain game.

Jadi, sekiranya Genshin Impact pun peranti ini sudah mampu kendalikannya dengan baik, pastinya mobile game yang lain juga seperti mobile legends, pubg mobile dan COD mobile juga mampu dikawal dengan baik.

Selain itu, peranti ini juga mempunyai ciri yang sama pada Infinix Note 30 Pro iaitu Bypass Charging. Jadi, anda tidak perlu risau untuk bermain game dalam tempoh yang lama tanpa menjejaskan tahap kesihatan bateri.

Sistem operasi yang digunakan dalam peranti ini juga adalah unik jika hendak dibandingkan dengan peranti jenama lain kerana peranti ini menggunakan Pure For XOS. OS ini kurang bloatware dan sifar iklan.

Namun, untuk mengurangkan bloatware, anda perlu memuat turun kemas kini yang terkini untuk sistem operasi peranti ini.

Untuk isu ini, kami memuji tindakan Infinix untuk meminimumkan masalah bloatware yang pernah menghantui model sebelum ini, iaitu Infinix Note 30 Pro.

Peranti ini juga menyokong pengecasan 45W. Dengan pengecasan selaju ini, anda hanya memerlukan masa 35 hingga 40 minit sahaja untuk pengecasan penuh dari paras rendah hingga 100%.

Kekurangan

Pada belakang peranti ini mempunyai lampu LED atau backlight LED effect pada bahagian panel belakang berdekatan dengan kamera. Bagi kami sendiri, lampu tersebut agak kurang sesuai untuk diletakkan pada peranti ini.

Hal ini kerana, dikatakan lampu tersebut akan menyala apabila dimainkan muzik. Namun, lampu tersebut tidak keluar sama sekali malah dia keluar apabila peranti tersebut mula di cas dan ianya keluar dalam beberapa saat sahaja.

Jadi, ini menunjukkan bahawa ciri tersebut masih tidak matang lagi dan jika lampu tersebut tidak diletakkan pun, ia tidak akan menjejaskan reka bentuknya sama sekali.

Peranti ini juga bukanlah sebuah peranti yang menawarkan prestasi kamera yang terbaik pada kelasnya. Ia tidaklah terlalu buruk dan tidaklah terlalu cantik. Hanya berada pada pertengahan sahaja.

Peranti ini turut menggunakan sistem pembesar suara stereo. Namun, ia tidak setanding dengan dengan model sebelumnya iaitu Infinix Note 30 Pro yang menggunakan pembesar suara stereo dan telah ditala JBL.

Prestasi speaker tidak seperti yang diharapkan kerana kami mengharapkan prestasinya lebih baik atau sekurang-kurangnya setara. Akan tetapi, perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Keupayaan pengecasannya juga agak mengecewakan kerana kadar pengecasan yang diberikan pada peranti ini lebih rendah iaitu 45W berbanding Infinix Note 30 Pro yang mempunyai kadar pengecasan 68W.

Perkara tersebut merupakan inisiatif yang kurang pintar daripada pihak Infinix kerana Infinix GT 10 Pro mempunyai kuasa pemprosesan yang lebih tinggi. Jadi, sepatutnya mempunyai kadar pengecasan yang lebih laju atau sekurang-kurangnya sama dengan model sebelumnya.

Selain itu, peranti ini juga tidak mempunyai pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik dengan wayar atau tanpa wayar seperti yang ditawarkan pada Infinix Note 30 Pro.

Rumusan

Konklusinya, jika anda mencari telefon pintar yang menawarkan kuasa pemprosesan yang terbaik, prestasi bateri yang memuaskan serta tahap kecerahan yang sangat bersesuaian untuk bermain game, maka anda perlu pertimbangkan peranti ini.

Selain itu, sistem UI yang digunakan juga sangat lancar, kelajuan pengecasan yang bersesuaian dengan kapasiti bateri yang disediakan dan yang paling penting adalah peranti ini menyokong 5G.

Jadi, sekiranya anda berminat dengan telefon ini maka anda perlu membelinya.

Beli Peranti Infinix di Shopee: https://invl.io/cljnrnj

Beli Peranti Infinix di Lazada: https://invol.co/cljnro2

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress