Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 15 Developer Preview_1

Android 15 Versi Beta Ditawar, Ini Cara Dapatkannya

Diterbitkan April 14, 2024 · Dikemas kini April 15, 2024 oleh ariff bukhari

Google telah pun mula menawarkan Android 15 versi beta kepada penggunanya. Untuk versi Android 15 yang masih lagi dalam pembangunan, ia hanya disokong oleh beberapa model telefon pintar Android terpilih sahaja dan anda perlu mendaftar dalam program Android Beta terlebih dahulu.

Mendapatkan Android 15 versi beta kini lebih mudah di mana anda hanya perlu pergi ke halaman Android Beta untuk Pixel, log masuk dengan akaun Google anda dan semak sama ada telefon anda serasi atau tidak.

Android Beta for Pixel

Pastikan anda menggunakan e-mel yang sama seperti e-mel yang disambungkan ke peranti Pixel anda.

Jika telefon anda disokong, anda seharusnya melihatnya di bawah Your eligible devices.

Your eligible devices

(Jika anda telah mendaftar untuk Android 14 beta atau Android 15 developer preview, anda tidak lagi perlu melakukan apa-apa untuk mendapatkan Android 15 beta ini. Anda secara automatik akan menerima kemas kini pada telefon anda.)

Seterusnya, klik  Opt in, baca terma dan syarat, kemudian tekan Confirm and enroll.

Kotak dialog kemudian akan muncul memberitahu anda bahawa telefon anda kini didaftarkan dalam program beta Android 15 dengan memberi anda arahan tentang cara memuat turun dan memasang Android 15 pada peranti anda.

Seterusnya pada peranti anda, pergi ke Settings > System > System update dan muat turun kemas kini Android 15 OTA.

Seperti biasa, Google menawarkan versi pembangun dan beta hanya untuk perantinya sendiri.

Jadi anda perlu mempunyai telefon Pixel atau tablet Pixel yang disokong untuk menjalankan Android 15 beta ini. Berikut adalah senarai penuh peranti yang menyokong Android 15 versi beta:-

  • Pixel 6
  • Pixel 6 Pro
  • Pixel 7
  • Pixel 7 Pro
  • Pixel 8
  • Pixel 8 Pro
  • Pixel Fold
  • Pixel Table

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai mana-mana peranti ini, anda masih boleh menggunakan the Android Emulator dalam Android Studio untuk menguji Android 15 ini pada telefon dan tablet Android anda.

Android 15 membawa beberapa ciri baharu dan penambahbaikan pada OS Android, dengan tumpuan pada produktiviti; privasi dan keselamatan pengguna; menyokong pembangun dan pencipta kandungan yang lebih baik; komunikasi, prestasi dan kualiti.

Antara ciri dan tetapan lain yang menarik perhatian juga adalah sokongan untuk mengarkib dan nyahrkib aplikasi. Jadi pengguna boleh mengosongkan ruang storan telefon mereka dengan lebih mudah.

Terdapat juga sokongan penyulitan hujung ke hujung untuk kekunci kenalan, membolehkan pengguna mengesahkan maklumat hubungan orang lain.

Android 15 beta masih dalam pembangunan dengan kebanyakan versi ini masih ditujukan untuk pembangun dan pengguna awal, tetapi ia lebih baik dan stabil daripada Android 15 developer previews.

Google dijangka mengumumkan secara rasmi Android 15 di Google I/O pada 14 Mei 2024 akan datang.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: CNET, Android Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY