Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Generative AI in Premiere Pro

Adobe Tayang AI Generatif Terbaru Untuk Premiere Pro, Jadikan Kerja Suntingan Video Lebih Pantas Dan Mudah

Diterbitkan April 17, 2024 oleh ariff bukhari

Adobe memperlihatkan inovasi AI generatif terbaharu dalam Adobe Premiere Pro yang akan memberikan kemungkinan kreatif baharu dengan kadar pengeluaran video yang pantas.

Berikut adalah teknologi aliran kerja AI generatif yang akan datang ke Premiere Pro akhir tahun ini:

  • Generative Extend: Tambah bingkai dengan lancar untuk menjadikan klip lebih panjang lebih mudah. Teknologi ini menyelesaikan masalah biasa yang dihadapi oleh editor profesional dengan membolehkan mereka mencipta media tambahan untuk suntingan.
  • Object Addition & Removal: Hanya pilih dan jejak objek, kemudian gantikannya. Alih keluar item yang tidak diingini, menjadi lebih mudah dan cepat.
  • Text to Video: Hasilkan rakaman baharu sepenuhnya secara langsung dalam Premiere Pro. Hanya taip teks ke dalam gesaan (prompt) atau muat naik imej rujukan. Klip ini boleh digunakan untuk membayangkan dan mencipta papan cerita, atau untuk mencipta B-roll untuk menambah rakaman aksi langsung.

Screen Shot 2024-04-17 at 9.59.31 AM

Aliran kerja penyuntingan baharu dikuasakan AI ini juga akan menyertai keluarga model Firefly termasuk Imej, Vektor, Reka Bentuk dan Kesan Teks.

Dengan menyampaikan keupayaan AI generatif baharu yang dikuasakan oleh Adobe Firefly dan pelbagai model pihak ketiga, Adobe memberikan pelanggan mereka akses kepada pelbagai keupayaan baharu tanpa perlu meninggalkan aliran kerja yang mereka gunakan setiap hari dalam Premiere Pro.

Sejak Februari lalu, Adobe telah pun menawarkan beberapa ciri baharu yang dikuasakan AI dalam Premiere Pro seperti Enhance Speech bagi menghilangkan bunyi yang tidak diingini serta-merta dan menambah baik dialog yang direkodkan dengan tidak sempurna.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY