Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Design_wisermy_1

Pengguna YouTube Kini Boleh Kongsi Video Ikut ‘Timestamp’ Di Telefon Pintar

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 17, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube kini melancarkan ciri baharu di aplikasi mudah alih yang memudahkan pengguna berkongsi minit tertentu dalam video dengan lebih tepat.

Ciri yang dinamakan ‘Share at Timestamp’ sebelum ini sudah tersedia di desktop, dan kini diperluaskan ke telefon pintar. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menghantar pautan video yang akan terus dimainkan bermula pada minit yang dipilih.

Caranya mudah. Ketika video sedang dimainkan, pengguna hanya perlu berhenti atau biarkan video berada pada minit yang ingin dikongsi dan tekan butang “Share” yang biasa digunakan. Kemudian, aktifkan toggle (seperti dalam gambar di bawah) sebelum menghantar pautan ke platform lain.

Youtube share timestamp_

Sebagai sebahagian daripada kemas kini ini, YouTube turut memaklumkan perubahan penting pada ciri Clips. Share at Timestamp akan menjadi cara utama untuk berkongsi bahagian tertentu dalam video, menggantikan ciri Clips.

Mana-mana Clips yang telah dibuat sebelum ini masih boleh ditonton seperti biasa. Namun, keupayaan untuk menetapkan masa tamat atau memasukkan penerangan tersuai apabila melakukan perkongsian tidak lagi akan tersedia.

Berkaitan

  • YouTube Perkenal Ciri AI Baharu - Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Cara Tambah Profil YouTube Untuk Kanak-Kanak - Tak Perlu Peranti Atau Akaun Berasingan
  • Pengguna Kini Boleh 'Matikan' YouTube Shorts - Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY