Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium Lite Malaysia_imagewisermy

YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan

Diterbitkan Mei 4, 2026 · Dikemas kini Mei 4, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube kini dilihat mula menawarkan pelan langganan YouTube Premium Lite kepada pengguna di Malaysia.

Pelan ini hadir sebagai pilihan lebih mampu milik berbanding YouTube Premium biasa, namun dengan beberapa perbezaan dari segi ciri yang ditawarkan.

Melalui Premium Lite, pengguna boleh menikmati pengalaman tanpa iklan untuk kebanyakan kandungan bukan muzik. Ini termasuk video seperti podcast dan kandungan daripada pencipta, selain turut menyokong main latar (background play) serta muat turun untuk tontonan luar talian.

Namun begitu, ciri premium ini tidak meliputi kandungan muzik. Ini bermakna video muzik rasmi, video nyanyian semula dan kandungan tarian masih akan memaparkan iklan, serta tidak menyokong fungsi main latar atau muat turun. Perkara yang sama turut berlaku untuk YouTube Shorts.

Selain itu, iklan masih boleh dipaparkan ketika pengguna membuat carian atau melayari platform.

YouTube Premium Lite Malaysia_3

Sebagai perbandingan, YouTube Premium menawarkan pengalaman tanpa iklan sepenuhnya merentasi semua jenis kandungan YouTube dan YouTube Music Premium.

YouTube Premium Lite ditawarkan pada harga RM12.90 sebulan, namun masih belum tersedia kepada semua pengguna. Pelancaran ini sedang dilakukan secara berperingkat, dan pengguna boleh menyemak ketersediaannya melalui halaman INI.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna Kini Boleh 'Matikan' YouTube Shorts - Ini Caranya
  • Pengguna YouTube Kini Boleh Kongsi Video Ikut 'Timestamp' Di Telefon Pintar
  • YouTube Kini Tawar Ciri 'Picture-in-Picture' Untuk Pengguna Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY