Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Smart Band 7 pro 13

Xiaomi Smart Band 7 Pro Juga Masuk Malaysia Untuk RM299

Diterbitkan Oktober 5, 2022 · Dikemas kini Oktober 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam acara dilangsungkan Xiaomi semalam, Xiaomi Smart Band 7 Pro juga turut dilancarkan bersama Xiaomi 12T dan Redmi Pad.

Seingat saya, ini versi Pro pertama untuk Xiaomi Band/Mi Band yang dibawa masuk ke Malaysia sejak pertama kali ia dijual di sini.

xiaomi smart band 7 pro 2

Dari jauh, perbezaaan ketaranya ialah skrin yang lebih besar. Mari kita selam spesifikasinya dengan lebih mendalam.

Model Pro ini tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 1.64 inci dengan 280 x 456 piksel dan ketumpatan piksel setinggi 326 PPI. Kecerahan maksimum pula 500 nit.

xiaomi smart band 7 pro 7

Paparannya 85% lebih besar daripada Xiaomi Smart Band 6, kata Xiaomi.

Dengan baterinya sebesar 235mAh, ia mampu bertahan selama 12 hari, lebih kurang.

Bagi penggunaan aktiviti kecergasan, termuat dalamnya sekitar 110 mod sukan.

xiaomi smart band 7 pro 4

Seperti biasa, antara sensor dilengkapkan bersamanya ialah SpO2, accelerometer, gyroscope , ambient light sensor. Peranti mempunyai ciri pemantauan tidur, kesihatan wanita, stress, latihan pernafasan, denyutan nadi.

Penjejak kesihatan ini disambung dengan Bluetooth 5.2 BLE dan boleh dipaut melalui aplikasi Mi Fitness di Android 6.o dan ke atas serta iOS 12 dan ke atas.

Berkaitan

  • Apa Itu DuitNow, Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Status Ikon Bateri Di Telefon Pintar Xiaomi Dan Redmi Kini Boleh Diubah Suai Ikut Suka Penggunanya
  • Xiaomi 12T Pro Dengan Kamera 200MP Rasmi, Dijual Pada Harga Permulaan RM2699
  • Redmi Pad Dijual Pada Harga Bermula RM899 Di Malaysia

Jam ini mempunyai tahap kalis air 5 ATM.

Harga rasmi Xiaomi Smart Band 7 Pro ini ialah RM299. Ia mula tersedia di Lazada mulai 6 Oktober 2022 pada harga lebih murah iaitu RM279 untuk masa terhad.

Klik SINI untuk beli melalui Lazada. Klik SINI untuk beli melalui Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Xiaomi.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY