Xiaomi 12T Pro Dengan Kamera 200MP Rasmi, Dijual Pada Harga Permulaan RM2699

Xiaomi secara rasmi hari ini mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro untuk pasaran global.

Xiaomi 12T Pro


Xiaomi 12T Pro dilengkapi skrin berukuran 6.67-inci CrystalRes AMOLED dengan resolusi 1220p serta sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz dan True Display.

Dari segi janaan kuasa, Xiaomi 12T Pro hadir dengan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 yang berasaskan seni bina 4nm. Ia digandingkan dengan memori RAM bermula 8GB dan storan dalaman bermula 128GB.



Untuk kamera, Xiaomi 12T Pro didatangkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 200MP utama dengan sensor 1/1.22" serta sokongan OIS dan 8P-elemen. Dari segi rakaman video, ia didatangkan dengan rakaman video 8K.

Beralih ke audio, Xiaomi 12T Pro dilengkapi sokongan audio dari Harman Kardon dan Dolby Atmos.



Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Xiaomi 12T Pro adalah 5,000mAh. Peranti ini juga menyokong pengecasan berwayar 120W HyperCharge dengan pengecasan penuh dalam tempoh 19 minit.

Xiaomi 12T


Xiaomi 12T merupakan model dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Xiaomi 12T Pro. Ia didatangkan dengan rekaan yang sama sahaja seperti Xiaomi 12T Pro dengan skrin AMOLED 6.67-inci dan resolusi 1220p serta sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz.



Menjana peranti adalah cip pemproses MediaTek Dimensity 8100-Ultra yang berasaskan teknologi 5nm bersama gandingan RAM dan storan dalaman bermula 8+128GB.  Dari segi kamera, Xiaomi 12T dimuatkan dengan 108MP kamera utama.

Lain-lain spesifikasi adalah sama sahaja seperti Xiaomi 12T Pro dengan kapasiti bateri 5,000mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge.

Harga




Kedua-dua model ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Blue, Black dan Silver.

Xiaomi 12T Pro diletakkan pada harga bermula RM2699 untuk 8+256GB. Sementara Xiaomi 12T ditawarkan dengan harga RM1999 bagi 8GB+256GB.