Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pad 9 Pro Max China_01

Xiaomi Pad 9 Pro Max Turut Dilancarkan Dengan Cip XRING O3

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi turut melancarkan Xiaomi Pad 9 Pro Max sebagai penambahan kepada barisan tablet premiumnya. Tablet ini hadir dengan cip Xiaomi XRING O3, sistem operasi Xiaomi HyperOS, ciri kecerdasan buatan serta sokongan berbilang tugas.

Xiaomi Pad 9 Pro Max dilengkapi skrin berukuran 13.3-inci dengan resolusi 3.4K (3408 x 2272) dan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini menawarkan kecerahan sehingga 1,000 nits.

Xiaomi Pad 9 Pro Max_1

Skrin ini turut menyokong Professional Original Color Mode dan konsistensi warna merentas beberapa skrin, bagi menghasilkan paparan warna yang tepat, konsisten dan stabil antara peranti.

Untuk prestasi, Xiaomi Pad 9 Pro Max menggunakan cip Xiaomi XRING O3 dengan reka bentuk CPU 10-teras ‘all-big-core’ dan GPU G2-Ultra NX. Berbanding tablet yang menggunakan cip Xiaomi XRING O1, prestasi multi-teras CPU meningkat sehingga 54%, manakala prestasi GPU meningkat sebanyak 85%.

Xiaomi Pad 9 Pro Max China_001

Tablet ini turut dipadankan dengan Xiaomi HyperOS yang dioptimumkan untuk penggunaan pada skrin besar. Ia menyokong penggunaan beberapa aplikasi secara serentak, manakala ciri berasaskan AI membantu memudahkan tugasan harian dan meningkatkan produktiviti.

Bagi memastikan tablet dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama, Xiaomi Pad 9 Pro Max diisi dengan bateri 12,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W HyperCharge.

Untuk audio pula, tablet ini dilengkapi enam mikrofon dengan nisbah isyarat kepada hingar yang tinggi, membolehkannya menangkap suara dengan lebih jelas dari jarak yang lebih jauh. Ia turut menyokong Wi-Fi 7 untuk sambungan yang pantas dan stabil.

Xiaomi Pad 9 Pro Max

Xiaomi Pad 9 Pro Max juga merupakan model pertama daripada Xiaomi yang memperkenalkan DP-in video input, membolehkan tablet menerima input video daripada peranti lain melalui kabel USB-C yang menyokong fungsi penuh, pada resolusi sehingga 3.4K dengan kadar segar semula 120Hz.

Xiaomi Pad 9 Pro Max ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Silver dan Red.

Harga dan ketersediaan

Xiaomi Pad 9 Pro Max China_01

Di China, Xiaomi Pad 9 Pro Max dijual pada harga bermula 4,799 yuan (~RM2,891) bagi varian 8GB+256GB. Untuk versi Matte Glass, ia hanya ditawarkan dalam warna Red dengan konfigurasi 16GB+512GB pada harga 6,899 yuan (~RM4,157) dan 16GB + 1TB pada harga 7,899 yuan (~RM4,760).

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Xiaomi 18 Fold Diperlihatkan Di IFA 2026 - Peranti Pertama Dengan XRING O3, Bakal Dilancar 7 September
  • Xiaomi 18 Fold Rasmi Di China - XRING O3, Sehingga 16GB RAM LPDDR6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY