Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xcode 26.3 Tambah Sokongan ‘Agentic Coding’ Untuk Pembangunan Aplikasi

Xcode 26.3 Tambah Sokongan ‘Agentic Coding’ Untuk Pembangunan Aplikasi

Diterbitkan Februari 4, 2026 · Dikemas kini Februari 4, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini menambah sokongan agentic coding menerusi Xcode 26.3, membolehkan pembangun menggunakan ejen pengekodan seperti Anthropic Claude Agent dan OpenAI Codex secara terus dalam Xcode untuk membangunkan aplikasi.

Dengan sokongan ini, Xcode boleh melaksanakan tugasan pembangunan aplikasi yang lebih kompleks secara autonomi, termasuk memecahkan tugasan, membuat keputusan berdasarkan struktur projek serta menggunakan alat terbina.

Xcode 26.3 Tambah Sokongan ‘Agentic Coding’ Untuk Pembangunan Aplikasi
Xcode 26.3 Tambah Sokongan ‘Agentic Coding’ Untuk Pembangunan Aplikasi

Ciri baharu ini dibina berasaskan keupayaan kecerdasan yang diperkenalkan dalam Xcode 26 sebelum ini, yang menyertakan pembantu pengekodan untuk menulis dan menyunting kod Swift.

Dengan Xcode 26.3, ejen seperti Claude Agent dan Codex kini boleh terlibat sepanjang keseluruhan kitaran pembangunan aplikasi. Antara sokongan keupayaan termasuk carian dokumentasi, meneliti struktur fail, mengemas kini tetapan projek serta menyemak semula hasil kerja melalui Xcode Previews.

Selain integrasi terbina, Xcode 26.3 turut menyokong Model Context Protocol, satu piawaian terbuka yang memberikan fleksibiliti kepada pembangun untuk mengintegrasikan mana-mana ejen atau alat yang serasi bersama Xcode, bukan terhad kepada Claude Agent dan OpenAI Codex sahaja.

Release candidate (RC) Xcode 26.3 kini tersedia untuk semua ahli Apple Developer Program, dan akan ditawarkan melalui App Store tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27
  • Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Hipertensi Apple Watch Untuk Pengguna Malaysia
  • Apple Kini Mempunyai Lebih 2.5 Bilion Peranti Aktif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY