Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Apple Kini Mempunyai Lebih 2.5 Bilion Peranti Aktif

Diterbitkan Januari 30, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mendedahkan terdapat lebih 2.5 bilion peranti aktif Apple yang digunakan di seluruh dunia.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam pengumuman keputusan kewangan untuk suku pertama fiskal 2026 yang berakhir pada 27 Disember 2025, yang turut mencatatkan prestasi pendapatan tertinggi dalam sejarah Apple.

“Hari ini, Apple berbangga untuk melaporkan suku kewangan yang luar biasa dan memecah rekod, dengan jumlah pendapatan sebanyak $143.8 bilion, meningkat 16% berbanding tahun lalu dan jauh melebihi jangkaan kami…Kami juga teruja untuk mengumumkan bahawa pangkalan peranti terpasang kami kini mempunyai lebih daripada 2.5 bilion peranti aktif, yang menjadi bukti tahap kepuasan pelanggan yang luar biasa terhadap produk dan perkhidmatan terbaik di dunia.” kata CEO Apple Tim Cook.

Sebagai perbandingan, Apple sebelum ini melaporkan sekitar 2.35 bilion peranti aktif pada tempoh sama tahun lalu, menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.

Pertumbuhan ini memberi peluang besar kepada Apple untuk memasarkan perkhidmatan digital, termasuk langganan Apple Music dan pelan storan iCloud+ yang terus menjadi antara penyumbang utama pendapatan syarikat.

Baru-baru ini, Apple turut memperkenalkan pakej baharu Apple Creator Studio yang merangkumi Final Cut Pro, Logic Pro, Pixelmator Pro dan beberapa aplikasi lain.

Berkaitan

  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu
  • Apple Perkenal Apple Creator Studio - Himpunan Aplikasi Kreatif, Harga RM29.90/Bulan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Hipertensi Apple Watch Untuk Pengguna Malaysia
  • Spotify vs Apple Music - Sebagai Pengguna Android, Ini Pendapat Saya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY