Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Hipertensi Malaysia_3

Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Hipertensi Apple Watch Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan Januari 28, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengaktifkan ciri notifikasi hipertensi di Apple Watch untuk pengguna di Malaysia.

Ciri ini direka untuk memberi amaran kepada pengguna sekiranya Apple Watch mengesan tanda-tanda hipertensi atau tekanan darah tinggi kronik.

Hipertensi merupakan antara faktor risiko utama yang boleh membawa kepada serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang. Di peringkat global, kira-kira 1.4 bilion orang dewasa terjejas dengan keadaan ini.

Namun begitu, hipertensi sering tidak didiagnosis kerana kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang gejala. Selain itu, ramai individu yang jarang menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, dan dalam sesetengah kes, tekanan darah tinggi boleh terlepas pandang walaupun semasa pemeriksaan klinikal jika hanya satu bacaan diambil.

Apple Watch Hipertensi Malaysia_2
Pengguna boleh menetapkan notifikasi hipertensi melalui aplikasi Health pada iPhone.

Melalui Apple Watch, notifikasi hipertensi menggunakan data daripada sensor jantung optik untuk menganalisis tindak balas salur darah terhadap degupan jantung. Algoritma ini berfungsi secara pasif di latar (background) dengan menilai data dalam tempoh 30 hari dan akan menghantar notifikasi jika ia mengesan tanda-tanda hipertensi yang konsisten.

Ciri ini membolehkan pengguna mendapatkan gambaran awal mengenai tahap kesihatan hanya dengan memakai Apple Watch. Seterusnya, ia dapat membantu pengguna membuat perubahan gaya hidup yang berpotensi menyelamatkan nyawa, atau mendapatkan rawatan awal bagi mengurangkan risiko masalah kesihatan serius dalam jangka panjang.

Hipertensi Apple Watch Malaysia

Menurut Apple, walaupun ciri ini tidak mampu mengesan semua kes hipertensi, dengan jangkauan Apple Watch, dianggarkan lebih 1 juta individu di seluruh dunia yang mempunyai hipertensi tetapi belum didiagnosis akan menerima notifikasi dalam tahun pertama ketersediaannya.

Bagi pengguna yang menerima notifikasi hipertensi, Apple mengesyorkan agar tekanan darah direkodkan selama tujuh hari menggunakan alat pengukur tekanan darah pihak ketiga. Rekod tersebut kemudiannya boleh dikongsi dengan penyedia penjagaan kesihatan semasa lawatan seterusnya, selaras dengan garis panduan terkini untuk diagnosis dan pengurusan hipertensi.

Ketersediaan

Notifikasi hipertensi tersedia pada Apple Watch Series 9 dan terbaru, serta Apple Watch Ultra 2 dan terbaru.

Menurut Apple, ciri ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu di bawah umur 22 tahun, individu yang telah didiagnosis dengan hipertensi atau semasa kehamilan.

Berkaitan

  • Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia
  • Apple Watch Ultra 3 Dilancar Dengan Bateri Sehingga 72 Jam
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Hipertensi Apple Watch Bakal Hadir Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY