Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Partenariat entre Apple et Google, qui va fournir son IA Gemini pour actualiser l’assistant Siri tu/spi

Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence – Termasuk Siri Versi Baharu

Diterbitkan Januari 13, 2026 ยท Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dan Google secara rasmi mengumumkan kerjasama yang menyaksikan model Gemini dan teknologi awan Google akan menjadi asas kepada Apple Foundation Model generasi baharu.

Menerusi kerjasama ini, Apple akan menggunakan teknologi Gemini untuk membantu menggerakkan ciri Apple Intelligence pada masa hadapan, termasuk versi Siri yang lebih diperibadikan yang dijangka diperkenalkan tahun ini.

“Selepas penilaian yang teliti, kami mendapati teknologi Google menyediakan asas paling berkeupayaan untuk Apple Foundation Models dan kami teruja dengan pengalaman baharu yang inovatif yang akan dibawanya kepada pengguna kami,” menurut kenyataan itu.

Apple Intelligence akan terus beroperasi pada peranti Apple dan Private Cloud Compute, tanpa menjejaskan standard privasi industri yang diamalkan Apple.

Sebelum ini, Apple menggunakan model kecerdasan buatan (AI) sendiri untuk Siri, namun prestasinya dilihat masih ketinggalan berbanding pesaing seperti GPT, Gemini dan Copilot.

Walaupun butiran kewangan kerjasama ini tidak didedahkan, laporan Mark Gurman pada November tahun lalu menyebut Apple merancang untuk membayar kira-kira $1 bilion (~RM4.06 bilion) setahun bagi menggunakan model AI Google dengan 1.2 trilion parameter.

Berkaitan

  • Siri Dengan Apple Intelligence Dijangka Hadir Seawal Mac 2026
  • Apple Dilapor Akan Guna Model AI Google Untuk Siri, Bayar $1 Bilion Setahun
  • Google Lancar Gemini 3 - Kini Diintegrasi Dalam Search, Aplikasi Gemini
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY