Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WHATSAPP FEATURED 2025 IOS

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta ‘Sticker’ Berbunyi

Diterbitkan Oktober 13, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna berkongsi pelekat yang disertakan bunyi (sound sticker) untuk Android.

Berbeza dengan pelekat biasa yang memaparkan imej statik atau animasi tanpa bunyi, pelekat ini disertakan dengan klip audio pendek. Ikon audio pada pelekat akan menunjukkan bahawa ia mempunyai bunyi, dan penerima hanya perlu kliknya untuk memainkan audio tersebut. Namun, jika telefon berada dalam mod senyap, audio pelekat tidak akan dimainkan.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta ‘Sticker’ Berbunyi

Selain menguji format pelekat baharu ini, WhatsApp turut membangunkan ciri yang membolehkan pengguna mencipta pelekat berbunyi sendiri. Ciri ini akan membolehkan pengguna menggabungkan pelekat dengan klip audio untuk menghasilkan pelekat yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Sebagai contoh, pengguna boleh menukar video menjadi pelekat animasi untuk menghasilkan pelekat berbunyi.

Menurut WABetaInfo, pelekat berbunyi dan trek audio yang disertakan juga dilindungi penyulitan hujung ke hujung.

Bagaimanapun, ciri ini masih dalam pembangunan dan belum tersedia kepada penguji beta.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Tak Lagi Guna PIN 6 Digit Untuk 2FA, Kini Guna Kata Laluan Penuh
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lebih 2 Akaun Dalam Satu Aplikasi
  • Akaun WhatsApp Digantung: Meta Akui Berlaku Kesilapan Teknikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY