Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foto oleh Amsyar

Akaun WhatsApp Digantung: Meta Akui Berlaku Kesilapan Teknikal

Diterbitkan Oktober 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya yang menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah tersalah dianggap sebagai pelanggaran peraturan, sekali gus menjejaskan sebahagian akaun pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pihaknya telah menerima maklum balas daripada Meta berhubung isu penggantungan akaun WhatsApp yang dibangkitkan sebelum ini.

Menurut Meta, kesilapan teknikal berkenaan telah dikenal pasti dalam lebih separuh daripada kes bagi kumpulan pertama yang dikemukakan oleh MCMC.

Masalah tersebut dilaporkan telah ditangani pada penghujung September, manakala akaun sah yang terjejas turut dipulihkan secara proaktif, termasuk sebahagian akaun yang belum mengemukakan rayuan.

Meta turut mengesahkan bahawa tiada perubahan dibuat terhadap dasar penguatkuasaan atau Terma Perkhidmatan WhatsApp susulan isu berkenaan.

Bagaimanapun, tidak semua kes penggantungan akaun berpunca daripada kesilapan teknikal tersebut.

Meta menjelaskan akaun juga boleh digantung disebabkan beberapa faktor lain, termasuk penggunaan nombor telefon kitar semula yang sebelum ini dikaitkan dengan akaun yang disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan oleh sistem keselamatan WhatsApp.

Berkaitan

  • WhatsApp Tak Lagi Guna PIN 6 Digit Untuk 2FA, Kini Guna Kata Laluan Penuh
  • MCMC Desak Meta Jelaskan Isu Akaun WhatsApp Digodam Dan Digantung

Laporan daripada pengguna pula merupakan salah satu faktor yang dinilai oleh WhatsApp dan bukannya satu-satunya asas untuk menggantung sesebuah akaun.

Bagi akaun perniagaan, Meta berkata penghantaran mesej tanpa persetujuan atau dalam jumlah tinggi, khususnya kepada penerima yang bukan dalam senarai kenalan, boleh dikesan sebagai aktiviti spam.

Pengguna perniagaan disarankan mendapatkan persetujuan penerima terlebih dahulu sebelum menghantar mesej secara pukal.

Susulan maklum balas tersebut, MCMC telah meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan akaun supaya pengguna yang terjejas menerima pengesahan, status semakan dan tindakan yang lebih jelas serta pantas.

Pengguna yang masih mengalami masalah disaran menggunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp.

MCMC berkata pihaknya akan terus memantau penyelesaian kes yang masih tertunggak dan memastikan penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan semula akaun mereka.

Tindakan kawal selia selanjutnya juga akan dipertimbangkan sekiranya langkah yang diambil oleh Meta didapati tidak memadai.

Sebelum ini, MCMC mendesak Meta memberikan penjelasan selepas menerima 92 aduan berkaitan akaun WhatsApp yang digantung, tidak boleh diakses atau diambil alih tanpa kebenaran pemilik. Meta ketika itu diberikan tempoh sehingga 2 Oktober untuk memberikan maklum balas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY