Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp passkey

WhatsApp Tak Lagi Guna PIN 6 Digit Untuk 2FA, Kini Guna Kata Laluan Penuh

Diterbitkan Ogos 26, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkukuh keselamatan akaun pengguna dengan menaik taraf ciri pengesahan dua langkah (2FA) daripada PIN enam digit kepada kata laluan penuh.

Sebelum ini, pengguna menetapkan PIN enam digit sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk menghalang seseorang mengambil alih akaun walaupun mereka mendapatkan kod laluan sekali guna. Kini, WhatsApp membolehkan pengguna menggunakan kata laluan yang lebih panjang, mengandungi abjad dan angka, serta aksara khas untuk menjadikannya lebih sukar untuk diteka.

whatsapp two step verification

Dalam kemas kini sama, pengguna kini boleh menambah lebih daripada satu passkey (kunci laluan) pada akaun. Ini berguna untuk pengguna yang mempunyai kedua-dua peranti Android dan iOS.

WhatsApp passkeys

Sebagai rujukan, ciri kunci laluan ini membolehkan pengguna mengesahkan identiti ketika log masuk menggunakan cap jari, Face ID atau kod kunci skrin, tanpa perlu bergantung pada kod atau PIN. Sehingga kini, lebih 1 bilion orang kini telah menyediakan kunci laluan pada akaun mereka. Pengguna boleh mengurus kunci laluan melalui Settings > Account > Passkeys.

Dalam pada itu, WhatsApp turut memberikan lebih banyak konteks sebelum pengguna menjawab panggilan daripada nombor yang tidak disimpan dalam kenalan. Bagi pengguna Android, maklumat yang dipaparkan kini termasuk sama ada nombor tersebut berasal dari negara lain dan jika terdapat kumpulan yang sama antara pengguna dengan pemanggil.

whatsapp kunci laluan_

Kesemua ciri ini mula diperkenalkan WhatsApp sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah lapisan keselamatan pada akaun.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Perjelas Kebimbangan Pengguna Mengenai Keselamatan Ciri 'Username'
  • 5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Untuk Sembang Kumpulan - Naik Taraf Tinjauan, 'Mention' @Semua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY