Peningkatan dalam penggunaan WhatsApp pada masa kini menjadi sasaran besar oleh penjenayah siber. Pelbagai taktik yang digunakan untuk memperdaya pengguna antaranya penyamaran identiti, penghantaran pautan berbahaya, cubaan mendapatkan akses akaun serta serangan yang dapat melemahkan keselamatan peranti.
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pengguna ialah mengaktifkan ‘Advanced Privacy’ dalam aplikasi WhatsApp. Fungsi ini menyediakan beberapa tetapan tambahan yang bantu untuk meningkatkan perlindungan privasi dan mengurangkan pendedahan maklumat pengguna kepada pihak yang tidak dikenal pasti.
Cara aktifkan 'Advanced Privacy Settings'
Buka aplikasi WhatsApp. Pergi ke 'You' dan klik 'Privacy'.
Klik 'Advanced'.
Aktifkan semua ciri keselamatan dalam 'Advanced'.
Klik 'Locked Settings' untuk info tentang Strict Account Setting.
Apabila diaktifkan, beberapa tetapan keselamatan akan diperketatkan secara automatik.
Keselamatan digital bukan sekadar bergantung pada kecanggihan teknologi, tetapi turut memerlukan kesedaran dan tindakan daripada setiap pengguna. Pengaktifan ‘Advanced Privacy’ merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memperkukuh perlindungan akaun WhatsApp daripada risiko keselamatan tertentu.
Walau bagaimanapun, tiada satu tetapan yang mampu menjamin perlindungan sepenuhnya daripada semua bentuk penggodam. Pengguna perlu sentiasa berwaspada terhadap pautan yang mencurigakan, permintaan kod pengesahan, dan cubaan penyamaran identiti.
