Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Cloud Storage Lock

WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri – Tawar 2GB Storan Percuma

Diterbitkan November 18, 2026 ยท Dikemas kini November 18, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp mula menguji ciri sandaran awan sendiri (cloud backup) untuk Android dan iOS, yang membolehkan pengguna menyimpan sejarah perbualan pada pelayan WhatsApp sebagai alternatif kepada Google dan iCloud.

Sebelum ini, pengguna Android bergantung pada storan Google, manakala pengguna iPhone pula menggunakan iCloud untuk menyimpan sandaran WhatsApp. Kedua-dua pilihan tersebut perlu dikongsi bersama foto, dokumen, data aplikasi dan sandaran peranti lain.

Dengan pilihan baharu ini, pengguna boleh memilih WhatsApp sebagai penyedia sandaran dan masih boleh bertukar kembali kepada perkhidmatan storan sedia ada. WhatsApp menawarkan 2GB storan awan percuma kepada pengguna yang memilih perkhidmatan tersebut untuk menyimpan sandaran.

Bagi pengguna yang memerlukan ruang lebih besar, langganan WhatsApp Plus merangkumi 100GB storan sandaran, manakala Meta One menawarkan pelan dengan kapasiti sehingga 4TB.

Semua sandaran yang disimpan pada pelayan WhatsApp turut dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption). Pengguna boleh memilih untuk menggunakan passkey atau kunci penyulitan 64-digit bagi melindungi sandaran mereka.

WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri – Tawar 2GB Storan Percuma
WhatsApp iOS (Foto: WABetaInfo)
WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri – Tawar 2GB Storan Percuma
WhatsApp Android (Foto: WABetaInfo)

Bagaimanapun, menurut laporan WABetaInfo, sandaran ini belum menyokong pemulihan perbualan merentas platform. Sebagai contoh, sandaran daripada iPhone tidak boleh digunakan untuk memulihkan perbualan pada peranti Android. Pengguna yang bertukar antara kedua-dua platform masih perlu menggunakan fungsi pemindahan sembang terbina dalam WhatsApp.

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam fasa ujian dan mula ditawarkan kepada sebahagian penguji beta melalui WhatsApp beta untuk Android dan iOS.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lebih 2 Akaun Dalam Satu Aplikasi
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wajibkan Pengesahan Identiti Akaun WhatsApp - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
  • Harga Xiaomi 18 Pro Dan 18 Pro Max Di Malaysia Bermula RM4,799, Prapesanan Dibuka Hari Ini
  • AI Mode Dalam Search Kini Ada Perbualan Sementara, Tidak Disimpan Dalam Sejarah Carian
  • Arknights: Endfield Dinobat Permainan Terbaik Google Play 2026
  • Astro One Entertainment Kini Sertakan Prime Video, Pakej Blockbuster Tanpa Caj Tambahan 12 Bulan
  • Filipina Paling Banyak Habiskan Masa Main Permainan Video Setiap Minggu, Malaysia Ke-12
  • IKEA, Zoom Dan HSBC Antara 178 Laman Web Yang Dilaporkan Dijangkiti Perisian Hasad Tersembunyi
©2026 WISER.MY