Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whatsapp baru 2025

WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video

Diterbitkan Jun 13, 2025 · Dikemas kini Jun 13, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp hari ini mengumumkan sejumlah ciri baharu untuk bahagian Chat, Panggilan dan Kemas Kini.

Chat/Sembang

Di bahagian Chat, WhatsApp kini memperkenalkan emoji animasi yang memberi lebih warna dan gaya dalam perbualan. Apabila pengguna berkongsi salah satu daripada emoji WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video dalam sembang, ia akan bergerak secara automatik.

Selain itu, pengguna juga boleh mencipta pelekat animasi tersuai dengan menukar video menjadi pelekat bergerak.

WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video

Caranya mudah – pilih “create” di bahagian tab pelekat, kemudian pilih mana-mana video yang ingin dijadikan pelekat animasi. Seterusnya, Trim > Next > Crop dan akhir sekali hantar.

Kumpulan

Seperti dilaporkan sebelum ini, WhatsApp secara rasmi mengumumkan penciptaan kumpulan dengan lebih mudah.

WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian

Pengguna kini boleh mencipta kumpulan baharu tanpa perlu menambah ahli terlebih dahulu. Satu butang “skip” akan dipaparkan, membolehkan pengguna melangkau proses untuk memilih ahli.

Perkongsian Media

Perkongsian media juga menerima penambahbaikan. Kini, apabila menghantar berbilang foto dan video sekali gus, pengguna boleh menambahkan kapsyen yang dikongsi untuk keseluruhan koleksi tersebut.

WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video

Penerima pula boleh memberikan reaksi atau membalas kepada keseluruhan koleksi serta item berasingan.

Untuk menggunakannya, pastikan semua foto dan video dipilih melalui ikon + > Photos sebelum dihantar.

Panggilan

WhatsApp kini memperkenalkan 6 filter baharu dan 6 kesan khas untuk digunakan semasa panggilan video atau mengambil gambar.

Tab Kemas Kini

Di tab Kemas Kini, yang merangkumi Status dan Saluran, WhatsApp turut menawarkan beberapa penambahbaikan. Pentadbir saluran kini boleh menambah foto pada setiap pilihan tinjauan.

WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu – Emoji Animasi, Pelekat Video

Untuk Status pula, WhatsApp kini memperluas cara pengguna berinteraksi. Jika sebelum ini boleh menyebut (mention) individu dalam Status, pengguna kini boleh menyebut keseluruhan kumpulan.

Semua ahli dalam kumpulan tersebut akan menerima notifikasi dalam sembang kumpulan, dan mereka juga boleh kongsikan semula Status tersebut ke rangkaian mereka sendiri.

Ketersediaan

Pengumuman ini melibatkan kedua-dua platform Android dan iOS. Namun begitu, perlu diketahui bahawa kemas kini ini dilancarkan secara berperingkat.

Tidak semua ciri akan tersedia serta-merta untuk semua pengguna, jadi ada kemungkinan sesetengah pengguna akan menerimanya lebih awal berbanding yang lain.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad
  • Status WhatsApp Kini Ada Ciri Baharu
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Pilih Kualiti Muat Turun Gambar, Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY