Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iPad App Store 2025

Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad

Diterbitkan Mei 28, 2025 · Dikemas kini Mei 28, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas lebih 15 tahun sejak WhatsApp dan iPad generasi pertama diperkenalkan, Meta akhirnya melancarkan aplikasi rasmi WhatsApp untuk iPad.

Menjadi antara permintaan paling popular, WhatsApp untuk iPad membawakan pelbagai ciri utama yang ditawarkan pada versi iPhone. Antaranya termasuk panggilan audio dan video sehingga 32 orang, sokongan kamera depan dan belakang, serta ciri kongsi skrin dengan pengguna lain semasa panggilan.

Selain itu, WhatsApp untuk iPad turut menyokong ciri iPadOS seperti Stage Manager, Split View dan Slide Over, membolehkan aplikasi ini digunakan serentak dengan aplikasi lain. Sebagai contoh, pengguna boleh membalas mesej sambil melayari web atau menonton video.

Sebelum ini, satu-satunya cara untuk menggunakan WhatsApp di iPad adalah melalui versi web dalam pelayar.

Dengan pelancaran aplikasi rasmi ini, penggunaan WhatsApp di skrin lebih besar kini jauh lebih praktikal untuk berbilang tugasan harian, tanpa perlu bertukar-tukar antara aplikasi seperti di telefon pintar.

Bagi yang ingin mencuba, aplikasi rasmi WhatsApp untuk iPad kini sudah boleh dimuat turun melalui App Store.

Berkaitan

  • Apple Akhirnya Umum Aplikasi Kalkulator Untuk iPad
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Pautan Pada Profil
  • WhatsApp Bakal Perkenal Pilihan Untuk Kongsi Semula Status

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY