Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta group atau kumpulan kosong, tanpa perlu menambah ahli terlebih dahulu.

Menurut laporan WABetaInfo, ciri ini sudah mula tersedia dalam kemas kini versi beta terbaharu untuk iOS dan Android.

Melalui ciri ini, pengguna hanya perlu mengikuti langkah biasa untuk mencipta kumpulan daripada senarai kenalan. Jika ciri ini telah tersedia, satu butang “skip” akan dipaparkan, membolehkan pengguna melangkau proses untuk memilih ahli.

Sebaik sahaja butang tersebut ditekan, satu kumpulan WhatsApp kosong akan diwujudkan, dan pengguna boleh menambah ahli kemudian, pada bila-bila masa.

WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian

Langkah ini memberikan ruang dan masa kepada pengguna untuk menyiapkan tetapan kumpulan terlebih dahulu, tanpa perlu tergesa-gesa memilih siapa yang patut dimasukkan.

Menariknya, kumpulan kosong juga boleh dijadikan sebagai ruang peribadi. Ramai pengguna sebenarnya sudah pun menggunakan kumpulan yang hanya mengandungi diri sendiri sebagai tempat menyimpan maklumat penting, pautan, nota, fail media, idea dan peringatan – walaupun WhatsApp turut menyediakan fungsi menghantar mesej kepada diri sendiri.

Buat masa ini, ciri mencipta kumpulan tanpa menambah ahli serta-merta hanya tersedia untuk sebahagian penguji beta yang memasang versi terkini WhatsApp beta untuk iOS dan Android. Ia dijangka akan diperluas kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone
  • Rahsiakan 'Chat' Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan
  • Tak Lama Lagi Anda Boleh Buat Panggilan Video Dan Suara Di WhatsApp Web

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY