Dalam dunia di mana setiap perincian bermakna, teknologi memainkan peranan penting untuk merakam keindahan.
Bagi penggemar macro photography, pastinya tahu genre ini memerlukan kesabaran, ketelitian terhadap perincian serta kreativiti. Justeru, mempunyai peranti yang mampu memberikan nilai tambah sudah tentu menjadi pilihan utama.
Inilah kehebatan vivo X200, yang tampil menyerlah dengan keupayaannya menghasilkan tangkapan imej makro berkualiti setanding DSLR. Tapi, bagaimana sebuah kamera telefon mudah alih mampu mencapai tahap ini? Teruskan bacaan lanjut bagi mengetahui rahsianya.
Sentuhan ZEISS
Dibangunkan bersama ZEISS, vivo X200 membuka dimensi baru dalam fotografi telefon pintar. Ia dilengkapi kamera utama VCS True Color, yang menggunakan teknologi Camera-Bionic Spectrum 2.0 vivo. Dipadankan dengan ZEISS T* Coating, ia meningkatkan kualiti keseluruhan gambar.
Untuk telefoto, vivo X200 dilengkapi lensa 50MP ZEISS yang menyokong sehingga 100x zum dengan mod Telephoto Portrait. Tapi, apa yang lebih menarik adalah keupayaan macro photography melalui mod Telephoto Macro.
Jika kebanyakan peranti perlu diletakkan pada jarak dekat atau tak kurang juga yang menggunakan lensa makro luaran, pengguna sebaliknya tidak perlu berbuat demikian dengan vivo X200 kerana sudah dilengkapi lensa telefoto makro terbina.
vivo X200 hanya perlu dikekalkan pada jarak yang selesa dengan subjek, dan dalam masa sama membolehkan tangkapan imej lebih tajam dengan butiran halus – membawakan setiap elemen dengan kejelasan sehingga 20x zum.
Fotografi Makro Dalam ‘Level’ Lain
Menggunakan mod Telephoto Macro, pengguna dengan mudah boleh mengambil gambar tekstur halus pada kelopak bunga, corak unik serangga, atau titisan embun pada rumput di awal pagi.
Sama ada seorang jurufoto profesional, pencipta kandungan atau pengguna biasa, vivo X200 memberi peluang untuk melihat dunia dari perspektif berbeza, tanpa memerlukan sebarang peralatan fotografi yang berat.
Teknologi AI Sebagai Pelengkap
Tidak cukup dengan teknologi kamera yang canggih, vivo X200 juga dimuatkan sejumlah ciri AI yang tersembunyi.
Dengan AI Photo Enhance, kejelasan imej boleh ditingkatkan dengan teknologi ultra-clear yang menjadikan setiap butiran lebih menonjol. Caranya, hanya perlu pilih mana-mana gambar potret dalam Album, seterusnya klik Edit > Repair > AI Photo Enhancer.
Sekiranya ada objek yang tidak diingini dalam gambar, pengguna boleh menggunakan AI Erase untuk memadam objek tersebut. Cuma perlu pilih gambar yang berkaitan, kemudian bulatkan mana-mana objek untuk memadamnya melalui Edit > AI Erase > Smart Circle.
Selain itu, terdapat juga ciri seperti AI Photo Editing Suggestion dan AI Live Cutout.
Tidak hanya khusus untuk gambar, vivo X200 turut menawarkan ciri AI lain – termasuk AI Super Document, Note Assist, Recorder Assist, Screen Translate, Circle to Search, AI Gemini, Call Translation serta Text Capturing.
Lebih Dari Sekadar Kamera
Dengan kecanggihan kamera yang ada, pastinya anda menginginkan prestasi dalaman yang setanding.
Memahami kehendak pengguna, vivo X200 hadir dengan cip andalan MediaTek Dimensity 9400 yang dibina menggunakan nod 3nm. Sementara itu, GPU Immortalis-G925 dengan 12-teras yang menyokong ray tracing berasaskan perkakasan mampu memberikan penjimatan penggunaan tenaga sehingga 44% serta meningkatkan prestasi GPU sehingga 41% lebih baik.
Tidak hanya itu, vivo X200 dibekalkan bateri BlueVolt 5,800mAh yang disokong oleh pengoptimuman tenaga melalui teknologi Anod Silikon generasi ketiga dan bateri semi pepejal. Ditambah pula dengan sokongan pengecasan 90W, ia dapat memastikan pengecasan pantas lebih efisien dengan ketahanan bateri sepanjang hari.
Antara lainnya termasuk paparan 6.78-inci AMOLED dengan sokongan kadar segar 120Hz, 2160 PWM Dimming serta ZEISS Master Color Display. Ia juga dilengkapi pelbagai ciri perlindungan mata, termasuk Smart Eye Protection Mode 3.0, Anti-Fatigue Brightness Adjustment 2.0 dan Night Eye Protection Mode 2.0.
Pengalaman Fotografi Lebih Bermakna Dengan vivo X200
Ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik – Midnight Black dan Aurora Green, vivo X200 menggabungkan rangka aluminium dengan panel belakang kaca matte yang memberikan sentuhan premium dan elegan. Reka bentuk ultra-slim dengan tepi melengkung pula memastikan cengkaman ergonomik yang selesa.
Secara kesimpulannya, vivo X200 adalah bukti kepada usaha tanpa henti vivo dalam mencipta inovasi. Dengan teknologi kamera yang luar biasa, prestasi mantap serta reka bentuk yang memikat, X200 mampu mengubah landskap pasaran telefon pintar premium.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman macro photography setanding DSLR dengan vivo X200. Dapatkan peranti ini pada harga RM3,599 melalui kedai rasmi di Shopee atau Lazada.
*artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia