Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Pilih Kualiti Muat Turun Gambar, Video

Diterbitkan Jun 12, 2025 ยท Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memilih kualiti gambar dan video yang dimuat turun secara automatik.

Sama seperti semasa memuat naik, ciri ini menawarkan dua pilihan kualiti untuk media yang dimuat turun, iaitu Standard Quality dan HD Quality.

Standard Quality akan memampatkan fail bagi mengurangkan saiz, menjadikannya lebih cepat dimuat turun serta lebih jimat dari segi penggunaan data dan storan. HD Quality pula mengekalkan lebih banyak butiran visual dan resolusi, namun menggunakan lebih banyak data dan ruang storan.

pilihan kualiti muat turun whatsapp

Mengikut tetapan yang dipilih, sistem akan muat turun versi media yang sesuai secara automatik.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mengakses versi HD secara manual apabila diperlukan, dan selagi belum dipadam dari pelayan.

Ciri ini sangat berguna terutamanya dalam perbualan berkumpulan yang sering dipenuhi gambar dan video HD, tapi belum tentu semuanya dibuka. Ia juga membantu pengguna dengan pelan data terhad atau sambungan internet perlahan.

Buat masa ini, pilihan kualiti untuk muat turun gambar dan video hanya tersedia kepada sebilangan penguji beta yang memuat turun versi terkini WhatsApp beta untuk Android. Ia dijangka diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad
  • WhatsApp Bakal Benarkan Pengguna Log Keluar Tanpa Padam Akaun
  • Status WhatsApp Kini Ada Ciri Baharu

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY