Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

Status WhatsApp Kini Ada Ciri Baharu

Diterbitkan Mei 30, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp secara rasmi kini mengumumkan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan bagi ciri sedia ada, khusus untuk bahagian Status.

WhatsApp feature baru Mei 2025_1

Antara penambahan paling menarik ialah ciri susun atur baharu, yang membolehkan pengguna menggabungkan hingga enam foto dalam satu kolaj – seperti di Instagram.

Selain itu, WhatsApp turut memperkenalkan integrasi yang lebih baik dengan Muzik. Pengguna kini boleh menghasilkan Status berbentuk teks dengan lagu latar, atau mencipta Status yang memfokuskan pada lagu tertentu sepenuhnya.

Melalui Photo Stickers, pengguna boleh tukarkan mana-mana foto menjadi pelekat tersuai. Pengguna juga boleh mengubah saiz, potong atau alih kedudukan pelekat secara terus dalam kemas kini Status.

WhatsApp feature baru Mei 2025

Turut diperkenalkan ialah ciri Add Yours, seperti yang diumumkan sebelum ini. Melalui ciri ini, pengguna lain boleh membalas Status anda menggunakan template pelekat yang sama, dan kemudiannya kongsikan semula ke Status mereka sendiri.

Menurut WhatsApp, ciri ini dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad
  • WhatsApp Bakal Benarkan Pengguna Log Keluar Tanpa Padam Akaun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY