Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
arknights: endfield

Arknights: Endfield Dinobat Permainan Terbaik Google Play 2026

Diterbitkan November 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Google telah mengumumkan senarai permainan terbaik menerusi Google Play Best of 2026, dengan Arknights: Endfield dinobatkan sebagai Permainan Terbaik (Best Game) bagi tahun ini.

Permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh GRYPHLINE itu turut memenangi kategori Penceritaan Terbaik (Best Story), sekali gus meraih dua anugerah dalam senarai yang dipaparkan untuk pengguna Malaysia.

Menurut Google, Arknights: Endfield menawarkan pengalaman permainan yang unik menerusi gabungan pertarungan masa nyata, jalan cerita menarik, pembangunan kilang serta pengurusan sumber.

https://x.com/AKEndfield/status/2122887535655301168?a=gcsnU5Zc7Z2gT6hkxvc&s=20

Permainan yang berlatarbelakangkan dunia Talos-II itu turut menyokong permainan merentas peranti melalui Google Play Games pada PC, membolehkan pemain meneruskan kemajuan permainan pada peranti berbeza.

Sementara itu, Deep Rock Galactic: Survivor dipilih sebagai Permainan Merentas Peranti Terbaik (Best Cross-device Game). Permainan tersebut menggabungkan aksi menentang gelombang makhluk asing dengan aktiviti perlombongan dan peningkatan senjata.

Selain dua permainan berkenaan, Google turut mengiktiraf beberapa judul lain dalam kategori masing-masing.

Berikut ialah senarai pemenang Google Play Best of 2026 yang dipaparkan untuk pengguna Malaysia:

  • Permainan Terbaik (Best Game): Arknights: Endfield
  • Permainan Merentas Peranti Terbaik (Best Cross-device Game): Deep Rock Galactic: Survivor
  • Permainan Berbilang Pemain Terbaik (Best Multiplayer): Ragnarok Origin Classic
  • Permainan Santai Terbaik (Best Pick Up and Play): CookieRun: Crumble – Idle RPG
  • Permainan Indie Terbaik (Best Indie): Abyssal Soul – Card Roguelike
  • Penceritaan Terbaik (Best Story): Arknights: Endfield
  • Permainan Berterusan Terbaik (Best Ongoing): EA SPORTS FC Soccer Mobile 27

Senarai pemenang Google Play Best of 2026 mungkin berbeza mengikut negara atau pasaran.

Pengguna boleh melihat senarai penuh serta mendapatkan permainan yang menerima anugerah menerusi halaman rasmi Google Play.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Google Wallet Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iOS Di AS

Terbaru

  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
  • Harga Xiaomi 18 Pro Dan 18 Pro Max Di Malaysia Bermula RM4,799, Prapesanan Dibuka Hari Ini
  • AI Mode Dalam Search Kini Ada Perbualan Sementara, Tidak Disimpan Dalam Sejarah Carian
  • Astro One Entertainment Kini Sertakan Prime Video, Pakej Blockbuster Tanpa Caj Tambahan 12 Bulan
  • Filipina Paling Banyak Habiskan Masa Main Permainan Video Setiap Minggu, Malaysia Ke-12
  • WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri - Tawar 2GB Storan Percuma
  • IKEA, Zoom Dan HSBC Antara 178 Laman Web Yang Dilaporkan Dijangkiti Perisian Hasad Tersembunyi
©2026 WISER.MY