Astro kini menawarkan lebih banyak pilihan hiburan kepada pelanggan baharu Astro One Entertainment Pack dengan menyertakan akses Prime Video dan Pakej Blockbuster tanpa caj tambahan selama 12 bulan.
Menerusi tawaran ini, pengguna hanya perlu melanggan Astro One Entertainment pada harga RM49.99 sebulan, tanpa dikenakan sebarang yuran pemasangan.

Dengan Prime Video, pengguna boleh menonton pelbagai kandungan antarabangsa termasuk filem blockbuster, siri popular dan Amazon Originals. Langganan itu turut merangkumi Pakej Blockbuster yang menawarkan empat saluran hiburan, iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).
Bagaimanapun, tawaran ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu yang mendaftar Astro One Entertainment Pack antara 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027. Seperti dinyatakan, kedua-dua akses tersebut diberikan tanpa caj tambahan untuk tempoh 12 bulan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Astro One.
