Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Main visual – horizontal

Harga Xiaomi 18 Pro Dan 18 Pro Max Di Malaysia Bermula RM4,799, Prapesanan Dibuka Hari Ini

Diterbitkan November 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Xiaomi secara rasmi melancarkan Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max di Malaysia hari ini. Harga bermula RM4,799 bagi Xiaomi 18 Pro 12GB+256GB. Prapesanan dibuka dari 18 hingga 26 November 2026, dengan harga promosi serendah RM4,499.

WhatsApp Image 2026-11-18 at 11.47.12
WhatsApp Image 2026-11-18 at 11.47.27

Berikut harga biasa dan harga prapesanan bagi setiap model:

  • Xiaomi 18 Pro 12GB+256GB: RM4,799 (prapesanan RM4,499)
  • Xiaomi 18 Pro 12GB+512GB: RM5,299 (prapesanan RM4,999)
  • Xiaomi 18 Pro Max 12GB+256GB: RM5,999 (prapesanan RM5,499)
  • Xiaomi 18 Pro Max 12GB+512GB: RM6,499 (prapesanan RM5,999)

Pembeli dalam tempoh prapesanan akan menerima Xiaomi Watch S5 46mm bernilai RM799 secara percuma, selagi stok masih ada. Tawaran ini tidak termasuk Xiaomi 18 Pro 12GB+256GB.

WhatsApp Image 2026-11-18 at 11.47.29

Semua model turut ditawarkan dengan satu penggantian percuma untuk penutup belakang, skrin belakang atau kamera dalam tempoh 24 bulan. Selain itu, pembeli layak mendapat satu penggantian skrin utama dalam tempoh 24 bulan dan satu penggantian bateri dalam tempoh 36 bulan.

Siri ini boleh dibeli di kedai Xiaomi seluruh negara, mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan CelcomDigi pula boleh menikmati tawaran prapesanan eksklusif yang menurut Xiaomi bernilai sehingga RM4,045.

WhatsApp Image 2026-11-18 at 11.47.10

Tarikan utama siri ini ialah Back Display, iaitu skrin kedua di bahagian belakang yang menggunakan panel M11 sama seperti skrin utama.

Skrin tersebut membolehkan pengguna mengambil swafoto menggunakan kamera belakang, memaparkan notifikasi serta menyimpan maklumat seperti pas masuk pesawat dan kod QR.

Ciri AI Interpreter pula memaparkan terjemahan masa nyata pada kedua-dua skrin untuk perbualan bersemuka dalam 29 bahasa.

Untuk fotografi, kedua-dua model menggunakan Sistem Kamera Leica Dual-200MP. Ia menggabungkan kamera utama dengan sensor 1/1.28 inci dan kamera telefoto periskop dengan sensor 1/1.56 inci.

Kamera telefoto itu meliputi julat 75mm hingga 150mm, selain menyokong telemakro dari jarak 12cm.

Xiaomi 18 Pro Max dikuasakan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, manakala Xiaomi 18 Pro menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 6. Kedua-dua cip dibina menggunakan proses 2nm TSMC, dan Xiaomi mendakwa siri ini merupakan peranti pertama di dunia yang menggunakan kedua-dua cip tersebut.

Xiaomi 18 Pro hadir dengan skrin 6.4 inci dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan berwayar 90W. Xiaomi 18 Pro Max pula menawarkan skrin 6.9 inci dan bateri 7,050mAh dengan pengecasan berwayar 100W. Kedua-dua model menyokong pengecasan tanpa wayar 50W.

Siri ini turut dilengkapi Xiaomi Privacy Display, yang mengehadkan paparan skrin daripada dilihat orang di sebelah, dan menjalankan Xiaomi HyperOS 4. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Black, White, Cosmic Blue dan Velvet Red.

Berkaitan

  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
  • AI Mode Dalam Search Kini Ada Perbualan Sementara, Tidak Disimpan Dalam Sejarah Carian
  • Arknights: Endfield Dinobat Permainan Terbaik Google Play 2026
  • Astro One Entertainment Kini Sertakan Prime Video, Pakej Blockbuster Tanpa Caj Tambahan 12 Bulan
  • Filipina Paling Banyak Habiskan Masa Main Permainan Video Setiap Minggu, Malaysia Ke-12
  • WhatsApp Mula Uji Sandaran Awan Sendiri - Tawar 2GB Storan Percuma
  • IKEA, Zoom Dan HSBC Antara 178 Laman Web Yang Dilaporkan Dijangkiti Perisian Hasad Tersembunyi
©2026 WISER.MY