WhatsApp kini mengumumkan beberapa ciri baharu yang memfokuskan kepada pengalaman menggunakan aplikasi itu merentasi pelbagai peranti dan platform.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah pendaftaran akaun terus melalui iPad, pengalaman baharu di CarPlay dan Android Auto, sokongan PDF yang dipertingkat serta perkongsian lagu ke Status..
Daftar akaun terus pada iPad

Pengguna kini boleh mendaftar akaun WhatsApp secara terus pada iPad. Sebelum ini, pengguna perlu memautkan aplikasi WhatsApp di iPad kepada telefon, namun kini akaun boleh dicipta terus melalui aplikasi tersebut tanpa memerlukan telefon sebagai peranti utama.
WhatsApp memaklumkan ciri ini diperkenalkan selepas menerima banyak permintaan daripada pengguna sejak aplikasi WhatsApp untuk iPad dilancarkan tahun lalu.
Sokongan untuk CarPlay dan Android Auto

WhatsApp turut mengemas kini pengalaman penggunaan pada Apple CarPlay dan Android Auto. Pengguna kini boleh mendengar dan membalas mesej, membuat panggilan, melihat sejarah panggilan serta menghubungi kenalan kegemaran secara terus menerusi skrin sistem infotainmen kenderaan.
Sokongan PDF dinaik taraf

Bagi pengguna WhatsApp versi web dan desktop, fail PDF kini boleh dibuka terus dalam aplikasi tanpa perlu dimuat turun terlebih dahulu. Pengguna juga boleh melakukan suntingan ringkas seperti highlight teks dan menambah anotasi menerusi integrasi Adobe Acrobat.
Kongsi lagu dari Spotify atau Apple Music ke Status WhatsApp
Selain itu, WhatsApp kini membolehkan pengguna berkongsi lagu daripada Apple Music dan Spotify terus ke Status. Ciri ini memudahkan pengguna berkongsi muzik yang sedang didengari tanpa perlu mengambil tangkap layar atau menggunakan aplikasi lain.
Menurut WhatsApp, semua ciri baharu ini sudah mula dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia.
{suggest}
