Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri Pintas Galeri Pada Versi Beta Baharu

Pengguna Kini Boleh Buat Panggilan Suara, Video Secara Terus Di WhatsApp Web

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mula mengaktifkan ciri panggilan suara dan video menerusi WhatsApp Web untuk pengguna di Malaysia.

Berdasarkan semakan, pengguna tempatan sudah mula menerima sokongan panggilan terus daripada pelayar web, bukan sahaja untuk sembang individu tetapi juga sembang berkumpulan. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh memulakan panggilan tanpa perlu beralih ke aplikasi mudah alih atau versi desktop.

Sekiranya ciri tersebut sudah diaktifkan pada akaun, butang panggilan akan dipaparkan di bahagian atas tetingkap sembang. Untuk sembang berkumpulan, pengguna boleh memilih sama ada memulakan panggilan suara atau video, selain memilih ahli tertentu dalam kumpulan untuk disertakan tanpa perlu memanggil semua ahli secara automatik.

WhatsApp Web_panggilan audio video (1)

Menurut WABetaInfo, WhatsApp Web turut menyokong sehingga 32 peserta bagi panggilan suara dan video berkumpulan, sama seperti had yang tersedia pada aplikasi WhatsApp untuk telefon pintar dan desktop. Semua panggilan juga dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung menggunakan protokol Signal, sekali gus memastikan hanya peserta dalam panggilan boleh mengakses kandungannya.

Selain itu, WhatsApp turut menyediakan ciri pautan panggilan yang membolehkan pengguna menjana pautan unik untuk dikongsi kepada peserta lain. Bagi panggilan video, pengguna juga boleh berkongsi paparan skrin secara terus daripada pelayar web untuk tujuan pembentangan dan sebagainya.

WhatsApp Web_panggilan audio video 4

Buat masa ini, ciri panggilan suara dan video di WhatsApp Web dilaporkan sudah tersedia kepada pengguna WhatsApp Web beta serta sebahagian pengguna versi stabil.

Jika butang panggilan masih belum dipaparkan pada WhatsApp Web, pengguna mungkin akan menerimanya menerusi kemas kini akan datang dalam tempoh beberapa minggu lagi. WhatsApp setakat ini juga masih belum mengumumkan ciri tersebut secara rasmi.

Berkaitan

  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • WhatsApp Uji Ciri Jadualkan Mesej Di iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY