Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp guest calling_02

WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan ciri panggilan tetamu (guest calling) yang membolehkan pengguna menjemput sesiapa sahaja menyertai panggilan, termasuk individu yang tidak mempunyai akaun WhatsApp.

Melalui ciri ini, tetamu boleh menyertai panggilan secara percuma tanpa perlu mendaftar akaun WhatsApp. Panggilan turut disulitkan hujung ke hujung dan tidak mempunyai had masa.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu membuka tab Panggilan dalam WhatsApp, menekan ikon “+” dan mencipta pautan panggilan. Pautan itu kemudiannya boleh dihantar kepada individu yang ingin dijemput.

Tetamu pula hanya perlu membuka pautan tersebut melalui pelayar komputer dan memasukkan nama mereka sebelum menunggu kelulusan hos. Ciri ini menyokong panggilan 1:1 dan panggilan berkumpulan sehingga 32 orang.

Namun begitu, hanya pengguna yang mempunyai akaun WhatsApp boleh mencipta pautan panggilan.

WhatsApp guest calling_02

Sepanjang panggilan, tetamu juga boleh menggunakan beberapa ciri seperti berkongsi skrin komputer, memberikan reaksi menggunakan emoji ibu jari atau hati, serta mengangkat tangan untuk meminta giliran bercakap.

Dari segi kawalan dan privasi, tetamu perlu mendapat kebenaran hos sebelum menyertai panggilan. Hos juga boleh mengeluarkan mereka pada bila-bila masa. Selain itu, tetamu tidak boleh melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej atau menambah peserta lain secara langsung ke dalam panggilan.

Menjelang akhir tahun ini, WhatsApp turut merancang untuk melancarkan integrasi dengan Google Calendar dan Outlook. Ciri tersebut akan membolehkan pengguna mencipta panggilan WhatsApp terus daripada kalendar dengan memasang pemalam (plugin) WhatsApp, menyambungkan akaun dan menambah pautan panggilan pada jemputan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Tak Lagi Guna PIN 6 Digit Untuk 2FA, Kini Guna Kata Laluan Penuh
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lebih 2 Akaun Dalam Satu Aplikasi
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY