Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Bangunkan Ciri Imbas Dokumen Untuk Android

Diterbitkan Jun 16, 2025 ยท Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas ciri imbas dokumen diperkenalkan kepada pengguna iOS, WhatsApp kini dilihat bakal membawa fungsi yang sama ke peranti Android.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi WABetaInfo, WhatsApp sedang menguji pilihan “Scan document” secara terus dalam bahagian perkongsian dokumen. Sebaik dipilih, kamera peranti akan diaktifkan dan pengguna hanya perlu halakan kamera ke dokumen yang ingin diimbas.

whatsapp scan dokumen

Sama seperti di iOS, WhatsApp menawarkan dua mod imbasan dokumen, iaitu secara manual dan automatik. Dalam mod manual, pengguna boleh tentukan sendiri bila gambar diambil, sesuai bagi yang ingin pastikan bingkai lebih tepat sebelum imbasan dibuat.

Sementara itu, mod automatik pula akan mengesan sempadan dokumen secara “pintar” dan mengambil gambar tanpa sentuhan pengguna.

Sebaik sahaja gambar dokumen diambil, WhatsApp akan menukarkannya kepada format PDF dan hasil imbasan boleh terus dikongsi dalam perbualan individu atau kumpulan.

Buat masa ini, ciri imbasan dokumen di peranti Android masih dalam fasa pembangunan dan dijangka akan diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • WhatsApp Bakal Benarkan Pengguna Log Keluar Tanpa Padam Akaun
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Pilih Kualiti Muat Turun Gambar, Video
  • WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Emoji Animasi, Pelekat Video

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY