Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta glass

Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI

Diterbitkan November 25, 2026 · Dikemas kini November 25, 2026 oleh ariff bukhari

Persatuan perlindungan pengguna Jerman pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta dan pengeluar jenama Ray-Ban berhubung kebimbangan privasi data yang dikaitkan dengan cermin mata pintar berkuasa kecerdasan buatan (AI).

Ramona Pop, ketua Persekutuan Pertubuhan Pengguna Jerman (vzbv), berkata peranti boleh pakai tersebut “membolehkan rakaman imej dan audio dilakukan tanpa disedari.”

 

“Cermin mata pintar mewujudkan risiko perlindungan data yang ketara sama ada kepada orang ramai di sekeliling mahupun kepada pengguna itu sendiri,” katanya.

Pihak vzbv berhujah bahawa bakal pembeli cermin mata berkenaan tidak dimaklumkan secara mencukupi bahawa penggunaannya boleh melanggar Peraturan Perlindungan Data Umum Eropah (GDPR).

 

“Produk mesti direka bentuk sedemikian rupa supaya orang ramai boleh menggunakannya selaras dengan peraturan perlindungan data dan hak pihak ketiga kekal terpelihara,” tegas Pop.

Cermin mata pintar kini dijual oleh pelbagai pengeluar kaca mata dengan kerjasama syarikat teknologi, yang dilengkapi keupayaan mengambil gambar, merakam video dan audio, serta membuat penstriman langsung.

Pihak pengeluar menyatakan bahawa lampu LED pada cermin mata tersebut menghalang orang berhampiran daripada dirakam tanpa disedari, namun kumpulan penyokong hak pengguna berpendapat langkah itu tidak mencukupi untuk melindungi orang ramai daripada rakaman yang tidak diingini.

 

“Lampu putih berkelip yang sangat kecil hanya bersaiz beberapa milimeter tidak memadai untuk memberi isyarat kepada orang ramai di tempat awam bahawa mereka sedang dirakam,” kata Pop.

Persatuan itu memaklumkan pihaknya telah memfailkan saman terhadap pengeluar Ray-Ban, EssilorLuxottica di mahkamah Berlin dan merancang untuk mengambil tindakan serupa terhadap gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Meta yang memiliki WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Kedua-dua syarikat tersebut tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan ulasan. – AFP

 

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Meta Perkenal Cermin Mata Pintar Tanpa Kamera Susulan Kebimbangan Privasi
  • Meta Kini Kuasai 81% Pasaran Cermin Mata Pintar Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
©2026 WISER.MY