Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Diterbitkan Disember 26, 2024 · Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh Amalina Athman

Bagi menambah baik aplikasi dan meningkatkan pengalaman pengguna, WhatsApp telah memperkenalkan sejumlah ciri baharu. Menjelang tahun 2025, berikut disenaraikan empat ciri baharu yang sepatutnya sudah tersedia di aplikasi WhatsApp.

1. Imbas dokumen dalam aplikasi

Sekurang-kurangnya untuk pengguna iOS, ciri ini telah pun tersedia sejak beberapa hari/minggu lalu. Ia boleh diakses melalui ikon “+” di sebelah bar teks, kemudian klik Document > Scan document.

Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

 

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna mengimbas mana-mana kandungan secara terus melalui aplikasi WhatsApp dan kemudian menghantarnya dalam bentuk dokumen.

2. Filter, Background, Effect

Sebelum ini, pengguna sudah sedia boleh menambah latar belakang, filter dan effect semasa membuat panggilan video. Kini, ciri yang sama turut diperluaskan untuk kamera.

Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Pengguna iOS dan Android kini boleh menambah latar belakang, filter dan effect semasa mengambil gambar atau merakam video dan video note secara terus dalam aplikasi WhatsApp.

Caranya, klik ikon kamera dan butang filter, kemudian pengguna akan melihat pelbagai pilihan yang tersedia.

3. Kawalan kelajuan main balik video

Seperti rakaman audio, WhatsApp kini menawarkan kawalan kelajuan main balik untuk video. Butang ini membolehkan pengguna memilih kelajuan untuk main balik video, dengan tiga tahap tersedia iaitu normal, 1.5x dan 2.0x.

Empat Ciri Baharu WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Ciri ini telah pun tersedia untuk pengguna iOS. Bagi pengguna Android, ia difahamkan masih dalam fasa pengujian beta. Namun, tidak mustahil sekiranya sebilangan pengguna Android telah pun menerimanya.

4. Confetti

Kedua-dua pengguna Android dan iOS sepatutnya telah pun menerima ciri ini. Sempena Tahun Baharu 2025, WhatsApp melancarkan ciri animasi confetti apabila anda memberikan reaksi dalam perbualan, menggunakan tiga emoji (🎊🥳🎉)  seperti yang ditunjukkan oleh WABetaInfo.

📝 WhatsApp beta for iOS 24.25.10.78: what's new?

WhatsApp is rolling out a feature to animate some confetti emoji reactions for the New Year!
Some users can access this feature even through the latest App Store update or other previous beta versions.https://t.co/xLphfDjZvM pic.twitter.com/393bosP2Pz

— WABetaInfo (@WABetaInfo) December 21, 2024

Untuk menikmati semua ciri baharu ini, pastikan aplikasi WhatsApp sentiasa dikemas kini.

Namun begitu, perlu juga diingatkan bahawa WhatsApp kebiasaannya melancarkan ciri baharu secara berperingkat. Kesemua ciri ini mungkin telah tersedia kepada sebilangan pengguna sejak beberapa minggu lalu, baru tersedia, atau sebaliknya masih belum tersedia.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp
  • ChatGPT Kini Boleh Digunakan Melalui WhatsApp
  • Mulai 1 Januari 2025, WhatsApp Tidak Lagi Disokong Android Berusia Lebih 10 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY