Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Bakal Benarkan Pengguna Log Keluar Tanpa Padam Akaun

Diterbitkan Mei 29, 2025 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, WhatsApp masih belum membenarkan pengguna log keluar akaun pada peranti utama. Fungsi log keluar hanya tersedia pada peranti yang dipautkan, manakala di telefon utama, satu-satunya pilihan yang ada ialah padam akaun.

Namun, tindakan ini akan memadam semua data dan mengeluarkan pengguna daripada semua kumpulan, yang mana ia bukanlah pilihan terbaik jika hanya ingin nyahaktifkan WhatsApp buat sementara waktu.

Dalam perkembangan terbaru, WhatsApp dilapor sedang membangunkan satu penyelesaian yang lebih praktikal untuk isu tersebut.

Menurut Android Authority, ciri “Logout” telah ditemui dalam WhatsApp beta terbaru (versi 2.25.17.37). Pilihan ini boleh diakses menerusi tetapan “Account” dalam aplikasi, dan apabila ditekan, satu pop-up akan muncul dengan dua pilihan log keluar daripada WhatsApp.

WhatsApp logout_Android Authority

Pilihan “Erase all Data & preferences” berfungsi sama seperti menyahpasang WhatsApp daripada peranti. Ia akan log keluar akaun WhatsApp dan memadam semua data serta tetapan aplikasi, tetapi pengguna tidak akan dikeluarkan daripada mana-mana kumpulan.

Sementara itu, pilihan “Keep all Data & preferences” lebih sesuai jika hanya ingin ‘berehat’ seketika daripada aplikasi, menyelesaikan masalah teknikal atau bertukar akaun. Ia hanya log keluar pengguna daripada akaun semasa tanpa memadam sebarang data.

Semua mesej, sembang kumpulan, data dan tetapan akan kekal, dan pengguna boleh mengaksesnya semula dengan hanya log masuk menggunakan nombor telefon yang sama.

Buat masa ini, ciri log keluar akaun WhatsApp masih dalam fasa ujian dalaman. Ia dijangka akan diperkenalkan kepada sebilangan pengguna terlebih dahulu melalui kemas kini beta seterusnya sebelum dilancarkan secara meluas dalam versi stabil.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • WhatsApp Kini Boleh Dijadikan Aplikasi ‘Default’ Untuk Panggilan, Mesej Di iPhone
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Pautan Pada Profil
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY