Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image a

WhatsApp Akhirnya Sokong ‘Live Photos’, ‘Motion Photos’

Diterbitkan September 30, 2025 ยท Dikemas kini September 30, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mengumumkan beberapa ciri baharu dalam aplikasi pemesejan itu, termasuk sokongan untuk Live Photos di iOS dan Motion Photos di Android.

Sebagai rujukan, Live Photos pertama kali diperkenalkan bersama iPhone 6s pada September 2015. Ia merakam klip berdurasi tiga saat dengan audio, selain gambar pegun (still image).

Google pula memperkenalkan Motion Photos bersama Pixel 2 pada 2017, sebelum ciri ini mula digunakan secara meluas pada pelbagai peranti Android lain dengan nama berbeza.

Sebelum ini, WhatsApp hanya memaparkan foto tersebut sebagai gambar statik biasa tanpa sebarang gerakan atau audio. Dengan kemas kini terbaharu, pengguna akhirnya boleh menikmati pengalaman asal Live Photos dan Motion Photos terus dalam perbualan WhatsApp.

WhatsApp Akhirnya Sokong ‘Live Photos’, ‘Motion Photos’

Dalam pada itu, WhatsApp turut menambah ciri imbasan dokumen pada peranti Android. Sebelum ini, ia hanya tersedia untuk iPhone dan pengguna Android kini boleh mengimbas, memangkas, menyimpan serta menghantar dokumen terus melalui WhatsApp.

Turut diperkenalkan ialah pek pelekat baharu dan fungsi carian kumpulan yang lebih mudah. Beberapa ciri Meta AI juga diumumkan, namun ia masih terhad kepada negara tertentu dan belum tersedia di Malaysia.

Semua ciri baharu ini akan dilepaskan secara berperingkat. Sokongan Live Photos, Motion Photos, imbasan dokumen, pek pelekat baharu dan carian kumpulan dijangka tersedia untuk semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani 'Scammer'
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi 'Live Photo' Dalam Format Asal
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • WhatsApp Kini Boleh Terjemah Mesej

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY