Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp terjemahan mesej_1

WhatsApp Kini Boleh Terjemah Mesej

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

Mula diuji sejak awal tahun ini, WhatsApp kini memperkenalkan ciri terjemahan mesej untuk iPhone dan Android.

Untuk menggunakannya, tekan lama pada mesej dan pilih “Translate”, kemudian pilih bahasa asal atau bahasa pilihan. Seterusnya, muat turun bahasa tersebut untuk disimpan bagi terjemahan akan datang.

Ciri ini boleh digunakan dalam perbualan individu, kumpulan dan kemas kini Saluran. Ia dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan beberapa bahasa terpilih sebelum diperluaskan.

WhatsApp Kini Boleh Terjemah Mesej

Bagi pengguna Android, sokongan awal termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Hindi, Portugis, Rusia dan Arab, manakala pengguna iPhone boleh menterjemah mesej ke lebih 19 bahasa.

Pengguna Android juga boleh mengaktifkan terjemahan automatik untuk keseluruhan perbualan, supaya setiap mesej yang diterima akan diterjemah secara automatik.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • WhatsApp Perkenal 'Writing Help' - Ciri AI Untuk Hasilkan Mesej Lebih Kemas
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi 'Live Photo' Dalam Format Asal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY