Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi ‘Live Photo’ Dalam Format Asal

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna iOS berkongsi ‘Live Photo’ dalam format asalnya.

Buat pengetahuan, Live Photo adalah format unik yang menggabungkan gambar statik dengan klip video pendek yang dirakam sebelum dan selepas butang kamera ditekan.

Sehingga kini, apabila pengguna berkongsi Live Photo di WhatsApp, ia hanya dihantar sebagai gambar statik tanpa sebarang pergerakan atau bunyi.

Walaupun boleh dihantar sebagai GIF, kualitinya terhad, pergerakannya tidak lancar serta tiada bunyi. Ia menjadikan pengalaman perkongsian kurang ‘authentic’ berbanding cara Live Photo berfungsi dalam ekosistem iOS.

whatsapp live photo_1

Dengan ciri baharu ini, WhatsApp bukan sahaja menyokong Live Photo di iOS, tetapi juga memastikan keserasian merentas platform.

Apabila pengguna Android menerima Live Photo, ia akan dipaparkan sebagai ‘motion photo’ pada peranti. Sementara itu, pengguna iOS yang menerima motion photo daripada Android pula akan melihatnya sebagai Live Photo.

Seperti biasa, ciri ini bersifat pilihan, dan pengguna masih mempunyai kawalan penuh terhadap perkongsian.

Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada pengguna terpilih, termasuk penguji beta dan sebilangan kecil pengguna WhatsApp versi stabil. Dijangkakan lebih ramai pengguna akan menerima ciri ini secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • WhatsApp Perkenal 'Writing Help' - Ciri AI Untuk Hasilkan Mesej Lebih Kemas
  • Virgin Atlantic Perkenal Ciri Daftar Masuk Melalui WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY